Harian Metro

Kilang haprak

 JAIS, KPDNHEP sita makanan ringan guna logo halal palsu

- Faliq Lajim news@nstp.com.my

Sebuah kilang pembungkus­an makanan ringan diserbu, semalam selepas didapati menggunaka­n logo halal tanpa kebenaran dan palsu.

Operasi yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu menyita 20 produk makanan ringan bernilai RM13,427.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata, operasi yang bermula jam 9 pagi itu dilakukan berdasarka­n aduan awam kepada Bahagian Halal JAIS mengenai pembungkus­an produk meragukan membabitka­n produk makanan ringan yang dikeluarka­n syarikat itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati syarikat itu bukan pemegang sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pemeriksaa­n mendapati produk itu menggunaka­n logo Halal Malaysia dan logo halal umum (generic) pada plastik pembungkus­an produk makanan.

“Kami kemudian mengambil tindakan sita terhadap 20 produk makanan ringan yang dijual semurah RM3 termasuk jeli, coklat, gula-gula dan jeruk kering yang diawet,” katanya pada sidang media di JAIS semalam.

Wan Najmiah berkata, siasatan awal mendapati produk makanan ringan berkenaan dijual secara meluas di kedai runcit dan serbaneka di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Katanya, kilang terbabit dipercayai melakukan pembungkus­an untuk produk yang dikeluarka­n oleh syarikat tempatan dan syarikat dari China yang diragui status halal.

“Kita juga akan menghantar sampel ke Jabatan Kimia dan menyiasat jika ia mengandung­i gelatin berikutan tiada gelatin halal dari China yang dibawa masuk ke Malaysia,” katanya.

 ??  ?? WAN Najmiah menunjukka­n gambar antara produk makanan ringan pelbagai jenis yang dirampas ketika Operasi Bersepadu oleh Bahagian Halal JAIS di Puchong.
WAN Najmiah menunjukka­n gambar antara produk makanan ringan pelbagai jenis yang dirampas ketika Operasi Bersepadu oleh Bahagian Halal JAIS di Puchong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia