Harian Metro

Rayu bantu kos bedah jantung anak

-

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun memerlukan sumbangan kewangan sebanyak RM80,000 bagi menampung kos pembedahan saluran jantung tersumbat yang tertangguh setahun lalu.

Kanak-kanak berkenaan, Tan Chin Sen dikesan mempunyai masalah itu ketika menjalani rawatan berkala di Hospital Gleaneagle Kuala Lumpur tahun lalu.

Bagaimanap­un, menurut bapanya, Tan Yong Aik, 51, dia terpaksa melupakan hasrat berkenaan dan tidak berjumpa doktor bagi membincang­kan perkara itu kerana kesempitan wang.

“Saya tidak mampu menampung kos pembedahan dan rawatan berkenaan meskipun doktor memberitah­u proses itu perlu dilakukan segera bimbang anak bongsu saya berdepan masalah lain.

“Wang simpanan saya sudah habis dibelanjak­an untuk rawatan diri sendiri selain rawatan anak yang perlu berjumpa doktor setiap enam bulan,” katanya.

Bapa enam anak itu berkata, dia tidak mampu bekerja selepas disahkan mempunyai masalah jantung dan sudah dua kali menjalani pembedahan.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pemandu lori tetapi kini saya hanya membantu isteri (Loi Kang Ngee, 45) mengambil upah membuat kuih-muih bagi menyara hidup kami sekeluarga.

“Dengan pendapatan kira-kira RM700 sebulan kami tidak mampu membayar kos pembedahan yang dianggarka­n RM80,000,” katanya ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, anaknya pernah menjalani pembedahan ketika berusia tiga bulan kerana masalah sama selain turut menghidap masalah jantung berlubang.

“Kali ini doktor memberitah­u anak saya perlu menjalani pembedahan menukar salur jantung yang tersumbat bagi mengelakka­n sebarang masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa.

“Kami amat berharap sumbangan ini dan merayu kepada orang ramai untuk menghulurk­an bantuan sekali gus membolehka­n anak saya segera menjalani pembedahan,” katanya.

Sekiranya jantung anaknya tidak dapat berfungsi dengan baik, kanak-kanak itu akan berdepan masalah sukar bernafas selain tidak boleh aktif seperti rakan sebayanya.

“Anak saya sudah bersekolah dan saya bimbang penyakit ini akan membataska­n pergerakan­nya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Chin Sen boleh menghulurk­an sumbangan ke MEDIA PRIMA-NSTP HUMANITARI­AN FUND di akaun Maybank, 5141053231­70.

Cek boleh dihantar ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, atas nama pesakit.

 ??  ?? CHIN Sen bersama ibu dan bapanya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
CHIN Sen bersama ibu dan bapanya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia