Harian Metro

Penolong Pengarah UPEN Johor ditahan

-

Johor Bahru: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan Penolong Pengarah Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (UPEN) Johor di sini, pagi semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 11 pagi bagi membantu siasatan berkaitan kes lima kontraktor yang disyaki membuat tuntutan palsu bernilai RM400,000 terhadap kerja penganjura­n program tidak pernah diadakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahka­n penahanan wanita itu bagi membantu siasatan.

Jam 10 malam kelmarin, SPRM Johor menahan lima

>>Polis buat 159 serbuan di sekitar ibu kota sejak pusingan pertama bola sepak Piala Dunia

kontraktor daripada syarikat berasingan berusia antara 30 hingga 50-an bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu.

Hasil siasatan mendapati mereka membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjura­n Program Karnival SDSI (Satu Daerah Satu Industri) dan Keusahawan­an bagi Segamat, Mersing, Muar, Kluang, Tangkak dan Kulai serta Program Minggu PKS (Program Kecil dan Sederhana) Kebangsaan Peringkat Negeri Johor, sedangkan semua program itu tidak dilaksanak­an.

Jumlah keseluruha­n tuntutan palsu yang dituntut melebihi RM400,000.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru Norhidayah Abdul Manaf membenarka­n permohonan SPRM menahan reman semua kontraktor itu selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia