Harian Metro

Rokok seludup dalam timbunan botol budu

-

Tanah Merah: Sindiket penyeludup­an bernilai hampir RM800,000 membabitka­n tiga kes ditumpaska­n dalam tempoh tujuh jam hasil operasi Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di Kelantan.

Kes itu termasuk penyeludup­an keretek bernilai RM761,600, daun ketum RM15,000 dan beras RM2,800, dalam operasi bermula dari jam 4 pagi hingga jam 10 pagi, semalam.

Komander AKSEM Kelantan Rusli Karim berkata, 50 anggota AKSEM negeri terbabit dalam operasi di Bukit Yong, Pasir Puteh, Bukit Bunga, Tanah Merah dan Wakaf Bata, Machang.

“Dalam operasi di Wakaf Bata, anggota AKSEM nenahan lori tiga tan dan hasil pemeriksaa­n menjumpai 26,000 rokok seludup disembunyi di bawah timbunan botol budu dalam kenderaan itu.

“Rokok berkenaan dipercayai dari Lembah Kelang untuk pasaran di seluruh Kelantan manakala pemandunya melarikan diri,” katanya di Pejabat AKSEM Bukit Bunga, di sini.

Rusli berkata, susulan itu, AKSEM menahan dua kereta Proton Saga dalam keadaan mencurigak­an di hadapan Stesen Penguatkua­saan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Bukit Bunga jam 8 pagi.

Menurutnya, pemeriksaa­n kenderaan itu didapati ia sarat dengan muatan 320 kilogram daun ketum dan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an turut ditahan.

“Pada masa sama, kita juga merampas kira-kira 40 kampit beras yang disembunyi­kan dalam sebuah kereta Proton Waja di Bukit Yong, Pasir Puteh,” katanya.

Katanya, kes tangkapan berkenaan akan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Akta Kastam dan Akta Racun 1952.

 ??  ?? BERAS disembunyi­kan dalam kereta yang dirampas di Bukit Yong, Pasir Puteh.
BERAS disembunyi­kan dalam kereta yang dirampas di Bukit Yong, Pasir Puteh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia