Harian Metro

Zaharah ulang sejarah

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

 Angkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya baharu

Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu.

Pelantikan itu menyaksika­n Zaharah sebagai hakim wanita kedua yang menyandang jawatan itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob yang berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya mulai 2005 hingga 2007.

Zaharah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Kanan bagi Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Su Geok Yiam selaras Perkara 124(3) Perlembaga­an Persekutua­n, di Istana Kehakiman di sini, semalam.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkena­n pelantikan Zaharah sebagai Hakim Besar Malaya berkuat kuasa 11 Julai lalu.

Zaharah menggantik­an tempat Tan Sri Ahmad Maarop yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Zaharah dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 17 November 1952. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor, kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru hingga tamat tingkatan enam.

Beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada 1977.

Karier awal Zaharah dalam bidang perundanga­n bermula pada 26 April 1977 sebagai Pegawai Undang-Undang (Sangkut). Beliau kemudian dilantik dalam Perkhidmat­an Kehakiman dan Perundanga­n dan menjawat jawatan Majistret Melaka Tengah dan Majistret Litar di Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah dan Merlimau, Melaka.

Mulai 1 Januari 1981 hingga 15 Februari 1992, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen di Seksyen Bahasa Inggeris dan Seksyen Bahasa Kebangsaan di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Pada 1 Ogos 2004, Zaharah dilantik sebagai Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan memulakan perkhidmat­an sebagai hakim mahkamah atasan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Beliau dilantik menjawat jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010. Zaharah kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutua­n pada 16 Februari 2015 sebelum secara rasmi dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 11 Julai lalu. Pemilik pusat pemprosesa­n ayam di Kampung Langguk, Kuala Jeneri di sini, terkejut apabila premisnya dikunjungi ular sawa batik sepanjang empat meter, semalam.

Kehadiran ular sawa jam 6 pagi disedari pemilik kedai dikenali sebagai Abdul Rahim, 37, selepas terdengar bunyi bising.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam

Malaysia (APM) Sik,

Kapten (PA) Mohd MukhrijMd Sabir berkata, ular itu mungkin masuk melalui bumbung kedai sebelum menyelinap ke sangkar ayam.

“Empat anggota ke lokasi mendapati ular sawa melingkar di atas alang bumbung kedai berkenaan,” katanya.

 ??  ?? ZAHARAH mengangkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia di Istana Kehakiman, semalam.
ZAHARAH mengangkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia di Istana Kehakiman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia