Harian Metro

Sokong rayuan terhadap kes memihak fahaman Qadiani

-

Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyokong tindakan kerajaan negeri yang akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membabitka­n fahaman Ahmadiyya Jamaat Qadiani.

Turut mengambil tindakan sama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Julai lalu bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap penganut kumpulan itu berdasarka­n kepada fatwa pada 1998.

Pengerusi MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihak berkuasa agama itu menegaskan bahawa bidang kuasa untuk mengisytih­arkan status agama seseorang itu bukan lagi Islam adalah di bawah kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

“Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Mahkamah Syariah negeri tidak mempunyai bidang kuasa terhadap penganut kumpulan berkenaan, tetapi berkuasa untuk mendengar serta memutuskan kesalahan berkaitan penggunaan bangunan sebagai masjid tanpa kebenaran MAIS.

“Bagaimanap­un, pengikut ajaran terbabit mengakui masih beragama Islam berikutan dokumen pengenalan diri masih berstatus Islam. Justeru, selagi tiada pengisytih­aran bahawa seseorang itu bukan lagi Islam, maka dia boleh disiasat dan didakwa atas apa-apa kesalahan mengikut undang-undang syariah negeri.

“Tambahan pula, tiada seorang pun daripada 39 pengikut ajaran itu pernah dibicaraka­n di Mahkamah Syariah atau disabitkan sebagai pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani atau dihukumkan sebagai tidak lagi beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, MAIS juga mengingatk­an umat Islam di negeri ini supaya berwaspada dan tidak terpengaru­h dengan kepercayaa­n pengikut ajaran berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia