Harian Metro

Lokasi sorok di Bandar Kinrara

- Kalbana Perimbanay­agam dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Curi pacuan empat roda model Toyota Hilux bernilai jutaan ringgit secara besar-besaran sebelum diseludup untuk pasaran Timur Tengah.

Sindiket membabitka­n lima ‘pakar’ curi kenderaan dikesan menyembuny­ikan semua pacuan empat roda dicuri di sebuah premis kenderaan terpakai di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Itu antara modus operandi penjenayah Geng Hilux yang dikesan melarikan 20 pacuan empat roda model yang sama sebelum ditumpaska­n polis Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tiga ahli sindiket lelaki berusia 41 hingga 63 tahun ditahan di premis di Bandar Kinrara di sini manakala dua lagi suspek ditahan di Sri Muda, Shah Alam.

“Susulan penahanan itu polis merampas 20 pacuan empat roda model Toyota Hilux dan satu kereta model Mini Cooper.

“Modus operandi sindiket berkenaan menyimpan kenderaan pacuan empat roda dicuri di premis kereta terpakai sebelum menyeludup ke negara Timur Tengah,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bukit Jalil di sini, semalam.

Mazlan berkata, siasatan mendapati enam daripada pacuan empat roda dirampas itu didapati tiada dalam rekod Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dipercayai nombor casis berkenaan sudah diubah suai.

“Manakala empat kenderaan yang dirampas pula dilaporkan hilang dari tahun 2014 hingga kini di sekitar

 Sindiket seludup Toyota Hilux ke Timur Tengah tumpas

Kuala Lumpur dan Selangor.

“Semua kenderaan yang dirampas itu dianggarka­n bernilai RM1.2 juta akan dihantar ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, pihaknya

kini sedang menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian sindiket berkenaan dan dalang utama sindiket.

“Semua suspek yang ditahan kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 (a)Kanun Keseksaan dan Seksyen 413 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sindiket berkenaan boleh menyalurka­n ke mana-mana balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? ANTARA kenderaan yang
dirampas polis.
ANTARA kenderaan yang dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia