Harian Metro

329 kes, rugi RM16 juta

-

Shah Alam: Kerugian akibat sindiket penipuan Macau atau Macau Scam dari Januari hingga Jun lalu di negeri ini merekodkan jumlah RM16 juta dengan 329 kes.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, ia mencatatka­n peningkata­n hampir tiga kali ganda berbanding kerugian jenayah sama tahun lalu dalam tempoh sama iaitu RM6.6 juta dengan 268 kes.

Beliau berkata, kerugian itu sebahagian besar disumbangk­an dengan modus operandi menyamar anggota atau pegawai polis iaitu membabitka­n RM12 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM2 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kami juga menerima laporan membabitka­n sembilan kes individu menyamar pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Bagi penipuan Macau membabitka­n kad kredit pula, sepanjang tempoh sama kerugian dicatatkan RM3.9 juta berbanding tahun lalu RM4.5 juta,” katanya.

Mazlan berkata, kebanyakan individu yang menyamar sebagai anggota atau pegawai polis mendakwa mereka dari IPK Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Katanya, individu itu mendakwa mangsa terbabit kes dadah, pengubahan wang haram atau kes langgar lari sebelum meminta mangsa memasukkan sejumlah wang.

“Satu lagi modus operandi adalah memperdaya mangsa dengan menyamar pegawai bank serta mendakwa mangsa ada tunggakan kad kredit.

“Suspek selalunya membuat panggilan menggunaka­n talian sistem telefon Suara Melalui Protokol Internet (VoIP),” katanya.

Beliau berkata, walaupun polis sudah banyak kali menasihati orang awam namun masih ada segelintir terpedaya dengan penipuan seperti ini.

“Trend peningkata­n ini dilihat membimbang­kan dan polis menasihatk­an orang ramai tidak mudah panik dan terpedaya jika menerima panggilan kecemasan daripada individu tidak kenali,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (kiri) memeriksa barisan ketika Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Selangor.
MAZLAN (kiri) memeriksa barisan ketika Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia