Harian Metro

Siasat kumpulan pengganas Daish suntik virus HIV/Aids

-

Shah Alam: Polis Selangor akan menyiasat dakwaan kumpulan pengganas Daish yang dikatakan menyamar sebagai pelajar kolej perubatan yang menyuntik virus mengandung­i HIV/Aids.

Dalam mesej yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp, seseorang yang didakwa pengganas Daish menyamar sebagai pegawai kolej perubatan dikatakan datang ke rumah mangsa dan memberitah­u mahu melakukan ujian gula dalam darah secara percuma.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berkenaan kejadian itu, setakat ini.

“Saya masih belum dapat maklumat itu dan kadang-kadang yang disebarkan tidak betul.

“Bagaimanap­un, pihak polis melihat sejauh mana kesahihan mesej itu dan meminta mangsa membuat laporan supaya siasatan dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpuna­n Bulanan di pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Beliau turut mengingatk­an orang ramai supaya berhati-hati dengan tidak membenarka­n individu yang tidak dikenali memasuki rumah dengan sewenang-wenangnya.

“Siapa yang kita tidak kenal jangan beri masuk dalam rumah. Itu sahaja. Kalau tidak kenal kenapa mahu beri masuk rumah? Kenapa mahu mengundang bahaya dengan benarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah,” katanya.

Mesej berkenaan tersebar melalui aplikasi WhatsApp dengan menasihatk­an orang ramai untuk berhati-hati kerana terdapat pengganas Daish yang menyamar sebagai pelajar kolej untuk menjalanka­n ujian darah secara percuma sebelum menyuntik virus HIV.

Mesej dalam bahasa Inggeris itu menyebut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia