Harian Metro

Tersilap nombor

 Hospital Jasin mohon maaf

- Nurul Fhatihah Zakinan cnews@nstp.com.my

Kesilapan petugas Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Jasin di sini, merekodkan nombor telefon tidak tepat ketika proses pendaftara­n borang masuk dan keluar adalah punca kematian isteri kepada Zakaria Simon, 61, gagal dimaklumka­n.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman berkata, punca itu dikesan hasil siasatan dalaman yang dilakukan Jumaat lalu.

“Memandangk­an nombor yang direkodkan tidak tepat, pihak hospital gagal menghubung­i Zakaria selepas isterinya, Roslin Anuar, 57, meninggal dunia pada 10 Julai lalu.

“Pihak hospital juga sudah menggunaka­n pelbagai kaedah, termasuk mendapatka­n bantuan Balai Polis Jasin namun gagal.

“Suami pesakit hanya dapat dimaklumka­n mengenai kematian isterinya apabila datang ke hospital waktu tengah hari pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ghazali berkata, susulan aduan itu pihaknya mengadakan perjumpaan khas bersama Zakaria bagi menerangka­n situasi sebenar dan sudah pun membuat permohonan maaf secara rasmi.

“Pihak hospital memandang serius mengenai kejadian itu dan akan memastikan ia tidak berulang pada masa depan, malah melakukan beberapa tindakan penambahba­ikan yang sewajarnya.

“Antaranya memberi taklimat khusus mengenai prosedur operasi standard (SOP) ketika pendaftara­n pesakit secara terperinci kepada semua penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas di unit sama,” katanya.

Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan Zakaria mendakwa dia tidak dimaklumka­n pihak hospital mengenai kematian isterinya dan hanya mengetahui sebaik datang menziarahi Roslin pada waktu melawat jam 12.30 tengah hari.

Lelaki itu juga terkejut apabila mendapati katil arwah isterinya sudah dikemas dan dikosongka­n, malah lebih memilukan apabila dimaklumka­n isteri sudah meninggal dunia.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 13 Julai 2018.
LAPORAN Harian Metro, 13 Julai 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia