Harian Metro

Nak duit senang!

 Empat ditahan samun kedai telefon pintar sekitar Puchong

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Sepasang suami isteri dikesan mencari duit mudah dengan merompak kedai menjual telefon pintar dengan bersenjata­kan pistol.

Pasangan berusia 38 dan 29 tahun itu bagaimanap­un ditahan polis dalam serbuan di sebuah flat di Kinrara, Puchong, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tindakan diambil susulan kejadian empat individu termasuk seorang wanita melakukan jenayah samun di premis menjual telefon pintar di Puchong Prima di sini, 23 Mei lalu.

Menurutnya, suspek melarikan 10 telefon pintar dianggar bernilai RM20,000.

“Susulan siasatan dilakukan, kami membuat serbuan di tiga rumah berasingan dan menahan empat individu dipercayai terbabit dengan kejadian rompakan itu.

“Dalam serbuan pertama di sebuah flat, polis menahan pasangan suami isteri diikuti seorang lagi lelaki berusia 36 tahun di rumah kedua di Taman Puchong Indah di sini,” katanya.

Azlin berkata, polis merampas motosikal, telefon bimbit dan pisau dipercayai digunakan suspek.

Menurutnya, serbuan ketiga dilakukan di sebuah rumah di daerah ini sebelum polis menahan suspek berusia 45 tahun.

“Semakan mendapati suspek dikehendak­i atas kesalahan dadah di daerah ini. Malah, ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati dia positif dadah,” katanya.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan rakan serumah suspek bagi membantu siasatan kes samun berkenaan.

“Lelaki itu dikenal pasti sebagai Mohammad Mat Yusuf, 27, atau dikenali sebagai Mamat. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubung­i balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD Mat Yusuf MOHAMMAD Azlin menunjukka­n peralatan yang dirampas.
MOHAMMAD Mat Yusuf MOHAMMAD Azlin menunjukka­n peralatan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia