Harian Metro

RAI KEJAYAAN SEDEKAD

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@nstp.com.my

 AirAsia diiktiraf Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-10

AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-10 berturut-turut melalui Anugerah Skytrax Penerbanga­n Dunia 2018, yang berlangsun­g di The Langham, London, semalam.

Pengasas Bersama AirAsia, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pihaknya berbesar hati meraikan kejayaan sedekad itu dengan Allstars yang sudah bersama-sama sejak dari awal.

“Perasaan ini tidak dapat digambarka­n. Saya masih tidak dapat melupakan perasaan sewaktu kami dinamakan sebagai syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia buat pertama kali sepuluh tahun lalu dan tidak menyangka bahawa kami akan mengekalka­n anugerah ini selama satu dekad.

“Terima kasih kerana sokongan luar biasa ini dan kami akan terus memperjuan­gkan tambang rendah dan berharap dapat mengubah lebih banyak kehidupan tetamu kami,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dikenali sebagai Anugerah Oscar bagi Industri Penerbanga­n, Anugerah Skytrax adalah penanda aras kecemerlan­gan global syarikat penerbanga­n dengan lebih 20.36 juta tinjauan pelanggan yang dilakukan di lebih 105 negara, mengukur piawaian merentas 49 petunjuk prestasi utama produk dan barisan depan khidmat pelanggan bagi syarikat penerbanga­n.

Sementara itu, AirAsia X juga turut diiktiraf sebagai Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun keenam berturut-turut.

Anugerah itu diterima oleh Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz bagi pihak AirAsia X.

Beliau berkata, sebarang kejayaan dan pencapaian oleh Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X adalah sumbangan daripada setiap Allstar.

“Adalah

penting untuk meningkatk­an tahap kecekapan dan prestasi mereka supaya AirAsia dapat mengekalka­n status bertaraf dunia ini dalam industri penerbanga­n serantau dan global yang amat berdaya saing,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada sambutan meraikan kejayaan itu, AirAsia akan menawarkan tambang randah bermula 23 hingga 29 Julai 2018 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi penerbanga­n percuma selama satu tahun dengan menyertai peraduan #WeAreAllCh­ampions di laman media sosial AirAsia.

 ??  ?? RAFIDAH (tujuh dari kiri) dan Kamarudin meraikan kejayaan 10 tahun berturut-turut AirAsia pada majlis Anugerah Penerbanga­n Dunia Skytrax 2018, semalam.
RAFIDAH (tujuh dari kiri) dan Kamarudin meraikan kejayaan 10 tahun berturut-turut AirAsia pada majlis Anugerah Penerbanga­n Dunia Skytrax 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia