Harian Metro

KWAP cadang tingkat pelaburan dalam ekuiti

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) atau KWAP bercadang meningkatk­an pelaburann­ya dalam ekuiti di sebalik ketidakten­tuan pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad berkata, meskipun keadaan pasaran tidak menentu, pihaknya melihat terdapat kaunter yang mampu menawarkan pertumbuha­n positif.

“Sebagai pengurus dana, kami dipandu strategi peruntukka­n aset. Kami mempunyai banyak tunai sebelum (Pilihan Raya Umum ke-14) dan sekarang, kami menggunaka­n tunai untuk mengambil kesempatan daripada kemerosota­n pasaran ekuiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena

di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Nik Amlizan Mohamed dan Pengarah Jabatan Strategi dan Prestasi Korporat KWAP, Ismail Zakaria.

Portfolio pelaburan KWAP dalam pendapatan tetap dan tunai mewakili 50 peratus daripada peruntukan asetnya, sementara ekuiti sekitar 42.5 peratus.

Sementara itu, porfolio pelaburan KWAP dalam pelaburan berlandask­an amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kini berjumlah RM3.8 bilion.

Wan Kamaruzama­n berkata, KWAP akan terus meningkatk­an portfolio pelaburann­ya dalam ESG memandangk­an ia mampu menjana pulangan yang kukuh pada masa depan.

Beliau berkata, setakat ini, pelaburan pengurus dana pencen itu dalam ESG mencatatka­n pulangan yang baik dan positif meskipun berdepan persekitar­an pasaran yang tidak menentu.

“Kami memulakan pelaburan dalam ESG pada Disember 2014 dengan dana permulaan RM1 bilion. Setakat ini, enam pengurus dana diberi mandat untuk menguruska­n portfolio ESG kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia