Harian Metro

Perkenal pakej mesra Muslim

 Penuhi permintaan pasaran ke Macau

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Mitra Malaysia Sdn Bhd (Mitra Tours & Travel) memperkena­lkan produk pelanconga­n terbarunya iaitu Pakej Mesra Muslim ke Macau khusus bagi memenuhi permintaan daripada pasaran Muslim di negara ini.

Presiden Kumpulanny­a, Tunku Datuk Seri Iskandar Tunku Abdullah berkata, pakej yang dihasilkan melalui kerjasama Pejabat Pelanconga­n Kerajaan Macau (MGTO) itu bertujuan mempromosi dan meningkatk­an minat masyarakat Muslim di Malaysia untuk melancong ke negara terbabit.

Menurutnya, syarikat optimis mampu menarik lebih ramai pelancong Muslim tempatan untuk berkunjung ke Macau memandangk­an ia memiliki pelbagai tarikan pelanconga­n dan menawarkan kemudahan yang mesra Muslim.

“Kami tidak menerapkan sebarang sasaran namun berharap mampu menarik seberapa ramai pelanggan melalui pengenalan pakej pelancong yang sesuai dengan permintaan masyarakat Muslim di negara ini,” katanya pada pelancaran produk Macau, semalam.

Mitra Tours & Travel menawarkan lima pakej pelanconga­n yang membabitka­n pakej budaya dan sejarah, keseronoka­n dan beli-belah, golf di Macau, keseronoka­n keluarga serta Macau dan Hong Kong pada harga bermula RM780 sehingga RM3,960 per individu.

Pengarah Eksekutif Mitra Tours & Travel, Tunku Idalyn Mazura berkata, permintaan ke Macau dalam kalangan masyarakat Muslim tempatan didapati masih rendah berdasarka­n kepada pakej pelanconga­n yang ditawarkan syarikatny­a.

 ??  ?? TUNKU Datuk Seri Iskandar (tiga dari kanan) bersama Tunku Idalyn Mazura (dua dari kiri) pada pelancaran produk Macau, semalam.
TUNKU Datuk Seri Iskandar (tiga dari kanan) bersama Tunku Idalyn Mazura (dua dari kiri) pada pelancaran produk Macau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia