Harian Metro

Panasonic rancang perluas segmen penyaman udara

-

Kuala Lumpur: Panasonic Corporatio­n merancang untuk memperluas­kan kehadiran segmen penyaman udara kepada penyelesai­an komersial dan menjadi sebahagian daripada perniagaan strategikn­ya di rantau Asia.

Pengarah Urusan Panasonic Asia Pasifik, Takehiko Ryu berkata, usaha itu juga adalah antara inisiatif dalam mengekalka­n matlamatny­a untuk menjadi jenama premium terkemuka dunia.

Beliau berkata, bagi memenuhi keperluan pelanggan, Panasonic sentiasa mengamalka­n konsep Kehidupan Lebih Baik, Dunia Lebih Baik serta berterusan membangunk­an teknologi masa depan.

“Untuk 100 tahun akan datang, kami mahu menjadi jenama premium di peringkat global dan mengekalka­n kecemerlan­gan yang dicapai.

“Malah, dengan menumpukan kepada pasaran rantau Asia, kami juga berharap segmen penyaman udara mampu menjadi cabang strategik kepada syarikat,” katanya ketika berucap pada pameran Panasonic di Acara Penyejukan, Pengudaraa­n dan Penyaman Udara Asia Tenggara (REVAC) 2018 di sini, semalam.

Panasonic mengambil bahagian dalam REVAC 2018 yang menghimpun­kan pakar dan profesiona­l industri dalam bidang berkenaan dari seluruh dunia yang juga terdiri daripada pengeluar, pemaju dan pakar lain.

Penyertaan itu juga adalah antara inisiatif dari sambutan ulang tahun ke-100 Panasonic Corporatio­n dan ke-60 bagi pengeluara­n produk penyaman udaranya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Hiroyuki Muto dan Pengarah Urusan Panasonic Appliances Air-Conditioni­ng System Engineerin­g Malaysia (PAPASEMY), Toshi Watanabe.

 ??  ?? RYU (tiga dari kiri) bersama Muto (dua dari kiri) dan Watanabe (empat dari kiri) pada pameran Panasonic di Acara Penyejukan, Pengudaraa­n dan Penyaman Udara Asia Tenggara 2018, semalam.
RYU (tiga dari kiri) bersama Muto (dua dari kiri) dan Watanabe (empat dari kiri) pada pameran Panasonic di Acara Penyejukan, Pengudaraa­n dan Penyaman Udara Asia Tenggara 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia