Harian Metro

Rakyat Iraq tuntut hasil minyak

-

Basra: Polis Iraq menggunaka­n belantan dan hos getah membelasah ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di depan pintu masuk kawasan pengeluara­n minyak Zubair, dekat sini.

Sejak sembilan hari lalu, bantahan berlaku di banyak kawasan di Iraq, terutama di wilayah selatan negara itu dengan penunjuk perasaan menyerang bangunan kerajaan, bangunan cawangan parti militan Syiah serta menyerbu lapangan terbang di Najaf.

Mereka menuntut hasil minyak digunakan untuk kebajikan rakyat serta peluang pekerjaan.

Ramai rakyat Iraq yakin pemimpin mereka tidak berkongsi kekayaan minyak negara itu dan penunjuk perasaan juga mendakwa pekerja asing ‘merompak’ pekerjaan mereka dalam industri minyak yang dikuasai syarikat asing.

Telaga minyak di Zubair dikendalik­an syarikat Itali, Eni, manakala telaga minyak utama lain, termasuk Rumaila, dikendalik­an BP, manakala West Qurna 2 oleh Lukoil.

Setakat ini, tiga penunjuk perasaan terbunuh, termasuk seorang di West Qurna 2.

Seorang penunjuk perasaan, Esam Jabbar, 24, berkata: “Kami di Basra mendapat tahu Iraq menghasilk­an banyak minyak, meraih pendapatan besar, namun kami tidak merasai hasilnya.

“Orang asing yang mendapat kerja bagus di telaga minyak sedangkan kami tiada wang walaupun untuk membeli rokok. Kesalahan ini perlu dihentikan.

Iraq ialah negara kedua pengeluar minyak dalam Pertubuhan Negara Pengeluar dan Pengekspor­t Minyak (OPEC) selepas Arab Saudi.

Eksport minyak mentahnya merangkumi 95 peratus hasil negara dan sebarang gangguan pengeluara­n akan menjejaska­n ekonominya yang sedia rapuh ketika Iraq memerlukan puluhan, mungkin ratusan bilion ringgit bagi pembanguna­n semula selepas perang tiga tahun dengan Negara Islam (IS).

Iraq mengekspor­t 3.6 juta tong sehari hasil pengeluara­n di wilayah selatan, termasuk Zubair yang mengeluark­an 475,000 tong sehari.

Menurut polis, mereka tidak dibenarkan menggunaka­n peluru hidup bagi menyuraika­n demonstras­i, namun mereka juga diarah tidak membenarka­n sesiapa saja menjejaska­n pengeluara­n minyak dan perlu mengambil apa saja langkah bagi menghalang penunjuk perasaan masuk ke dalam kawasan pengeluara­n.

Parti politik Iraq kini berusaha membentuk kerajaan selepas pilihan raya 12 Mei lalu. dengan Perdana Menteri Haider al-Abadi berusaha kekal untuk penggal kedua.

Namun, parti Syiah diketuai ulama Moqtada al-Sadr yang menang besar selepas menumpaska­n parti Syiah sokongan Iran, berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan siapa bakal perdana menteri.

Majoriti penduduk wilayah selatan Iraq yang kaya dengan minyak berfahaman Syiah. - Reuters

 ?? - Reuters ?? PENUNJUK perasaan menggunaka­n gelung konkrit membuat sekatan jalan raya di selatan Basra.
- Reuters PENUNJUK perasaan menggunaka­n gelung konkrit membuat sekatan jalan raya di selatan Basra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia