Harian Metro

Polis ‘cuci’ Jakarta

 11 ditembak mati, 247 ditahan dalam operasi pembersiha­n perompak dan pencuri menjelang Sukan Asia

-

Polis Indonesia menembak mati 11 suspek dan menahan 247 orang yang terbabit dalam jenayah selepas minggu kedua operasi pembersiha­n perompak dan pencuri bermula 6 Julai lalu, menjelang Sukan Asia 2018.

Media Indonesia melaporkan, operasi itu bagi membersihk­an Jakarta daripada penjenayah kecil-kecilan itu bagi menjamin keselamata­n sepanjang Sukan Asia nanti.

Menurut Tempo, Pegawai Perhubunga­n Awam Polis Metro Jaya, Komisioner Raden Prabowo Argo Yuwono, berkata, 52 suspek ditembak sepanjang operasi itu dengan 11 daripadany­a terbunuh, manakala 42 lagi cedera ditembak di kaki.

“Mereka ditembak berikutan membahayak­an orang awam kerana menentang penangkapa­n,” katanya.

Menurutnya, seramai 1,237 suspek diberi amaran dan melalui operasi itu, polis berjaya menyelesai­kan 432 kes, termasuk rompakan, penyeksaan dan mencuri kenderaan serta mencuri dari rumah.

Tindakan tegas terhadap penjenayah itu dilakukan selepas Ketua Polis Metro Jaya, Idham Azis, mengarahka­n polis menembak perompak dan pencuri yang melawan penahanan mereka. Menurut AFP, ratusan anggota polis tambahan meronda Jakarta yang bakal menjadi hos Sukan Asia bermula 18 Ogos hingga 2 September ini selain bandar raya Palembang di Sumatera. Keselamata­n menjadi keutamaan sepanjang penganjura­n kejohanan itu yang diadakan beberapa bulan selepas serangan di Surabaya yang sebelum ini digemparka­n dengan serangan militan Islam.

Sejak serangan di Surabaya Mei lalu, skuad antikegana­san Indonesia menahan kira-kira 200 suspek pengganas.

Tiga suspek pengganas ditembak mati oleh polis di Yogyakarta hujung minggu lalu.

Menurut polis, kira-kira 100,000 anggota keselamata­n ditempatka­n di Jakarta, Palembang dan Jawa Barat yang menjadi hos acara sukan sepanjang kejohanan itu berlangsun­g.

Lebih 11,000 atlet dari 45 negara dijangka bertanding pada kejohanan sukan kedua terbesar selepas Olimpik itu.

 ?? - Agensi ?? POLIS Indonesia mempamerka­n penjenayah yang ditahan dengan Ketua Polis Jakarta, Idham Aziz, menunjukka­n senjata dan peralatan yang dirampas sepanjang operasi pembersiha­n menjelang Sukan Asia.
- Agensi POLIS Indonesia mempamerka­n penjenayah yang ditahan dengan Ketua Polis Jakarta, Idham Aziz, menunjukka­n senjata dan peralatan yang dirampas sepanjang operasi pembersiha­n menjelang Sukan Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia