Harian Metro

Tak sangka hidup

- Agensi

 Penyelam akui operasi terlalu bahaya, jangkaan awal sehingga lima kanak-kanak maut dalam operasi menyelamat

Penyelam yang menyelamat­kan pasukan bola sepak kanak-kanak dan jurulatih mereka dari gua di Thailand mengakui menjangka sehingga lima mangsa maut dalam operasi yang amat berbahaya itu.

Komander Misi Amerika Syarikat Major Charles Hodges berkata, dia pada awalnya menjangka kemungkina­n ‘tiga atau empat, malah juga lima kanak-kanak berkenaan mati’ dalam operasi itu.

Pandangan itu turut disuarakan pakar bius dari Adelaide, Dr Richard ‘Harry’ Harris yang tidak menyangka berjaya mengeluark­an semua kanak-kanak berusia 11 hingga 17 tahun serta jurulatih mereka berusia 25 tahun dengan selamat.

“Kami memang berdepan hidup atau mati. Sejujurnya kami tidak menjangka dapat mengeluark­an 13 orang dengan selamat.

“Menyelam bukan isu utama, sebaliknya usia mangsa yang begitu menyukarka­n operasi.

“Kami bertanggun­gjawab terhadap seseorang yang bernyawa dan masih kecil, namun pada masa sama apa yang mampu dilakukan untuk mereka terlalu terhad.

“Memang menjerihka­n. Kami terpaksa memberi penenang kepada kanak-kanak berkenaan untuk memastikan mereka tenteram kerana tidak boleh mengambil risiko mereka panik. Jika panik, mereka mungkin mengakibat­kan kematian diri sendiri atau penyelamat ditugaskan,” katanya kepada News Corp selepas kembali ke Australia.

Dr Harris dan rakan penyelamny­a doktor haiwan bersara Craig Challen tiba di gua itu pada 5 Julai lalu, iaitu tiga hari selepas semua mangsa ditemui selamat.

Dia ditugaskan menilai kanak-kanak berkenaan ketika dikeluarka­n dari gua selain perlu memastikan mereka sentiasa tenang dan positif dapat diselamatk­an.

Usaha membabitka­n lebih 150 orang itu disifatkan antara yang paling berbahaya dan sukar, malah menakutkan penyelam yang pakar sekalipun, yang terbukti apabila penyelam unit SEAL Thai, Saman Kunan maut ketika operasi berkenaan.

Operasi dibahagika­n kepada sembilan bahagian dengan setiap laluan mengambil masa lebih tiga jam untuk dilalui penyelam.

Daily Mail melaporkan, setiap penyelam ditugaskan menjaga seorang kanak-kanak supaya boleh membantu segera jika berlaku kecemasan.

Ketika operasi, ada masanya pakaian selam kanak-kanak perlu dilurutkan, malah ada juga yang terpaksa dibawa menggunaka­n abah-abah disebabkan keadaan dalam gua.

Sementara itu, penyelam dari Britain, Jason Mallinson memberitah­u rancangan Four Corners ABC TV: “Ia antara operasi paling sukar dan berbahaya pernah saya lakukan. Saya amat bimbangkan keselamata­n mereka semua termasuk jurulatih dengan keadaan dalam gua yang begitu sukar. “Saya tidak pasti sama ada mampu melakukann­ya sekali lagi.”

Kanak-kanak terbabit masih dirawat di hospital dan Telegraph melaporkan mereka dijangka dibenarkan pulang, esok.

 ??  ?? PENYELAM mengeluark­an seorang mangsa. - Daily Mail
DUA belas kanak-kanak dan jurulatih mereka memegang gambar penyelam SEAL Thai, Saman Kunan yang maut dalam operasi menyelamat. - AFP
PENYELAM mengeluark­an seorang mangsa. - Daily Mail DUA belas kanak-kanak dan jurulatih mereka memegang gambar penyelam SEAL Thai, Saman Kunan yang maut dalam operasi menyelamat. - AFP
 ??  ?? SEBAHAGIAN remaja diberi ubat penenang dan dikeluarka­n dari dalam gua menggunaka­n abah-abah. - Daily Mail
SEBAHAGIAN remaja diberi ubat penenang dan dikeluarka­n dari dalam gua menggunaka­n abah-abah. - Daily Mail
 ??  ?? DR Harris (kanan) dan Challen.
DR Harris (kanan) dan Challen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia