Harian Metro

Karier belum tamat

 Ronaldo tekad julang Juventus, buru gelaran Serie A

-

Cristiano Ronaldo (gambar) yang secara rasminya diperkenal­kan sebagai pemain baru Juventus berkata, dia amat ‘berbeza’ daripada pemain sebayanya yang berhijrah ke China atau Qatar yang hanya tergoda dengan tawaran gaji yang lumayan di sana.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu kekal berkeyakin­an tinggi pada sidang media di Turin, ketika majlis pengumuman perpindaha­nnya daripada juara Eropah, Real Madrid yang dianggarka­n menelan belanja sekitar 100 juta euro (RM536 juta).

“Saya berbeza daripada pemain lain yang beranggapa­n karier mereka sudah berakhir ketika sebaya umur saya,” kata kapten Portugal berusia 33 tahun itu.

“Saya mahu membuktika­n saya tidak sama seperti mereka, saya amat berbeza sama sekali.

“Pemain yang seusia saya akan ke China atau Qatar, jadi bagi saya untuk menyambung karier saya di kelab yang begitu besar seperti ini pasti menggembir­akan.”

Juventus menandatan­gani penyerang bintang itu dengan kontrak selama empat musim bernilai 30 juta euro setahun, dengan harapan dia mampu menamatkan kemarau trofi Liga Juara-Juara sejak 1996.

Bersiap untuk memburu gelaran Serie A kelapan berturut-turut dan gelaran domestik berganda keempat berturut-turut, skuad Old Lady bagaimanap­un bergelut untuk mengembali­kan penguasaan Itali ke peringkat tertinggi di Eropah.

Juventus gagal memenangi trofi Liga Juara Juara yang kali terakhir dimenangi skuad 1996 diketuai pemain seperti Alessandro Del Piero, Antonio Conte, Didier Deschamps dan Gianluca Vialli dengan pencapaian paling hampir selepas itu adalah mara ke pentas final edisi 2015 dan 2017.

Sementara Ronaldo pula mempunyai rekod jaringan Liga Juara-Juara yang hebat berbanding pemain lain apabila mengumpul sebanyak 120 koleksi gol sepanjang 15 tahun bersama Manchester United dan Real Madrid.

Malah, dia turut memenangi empat daripada lima edisi terakhir saingan terbesar Eropah itu bersama Real Madrid.

“Kami bukan hanya akan berjuang untuk memenangi Liga Juara-Juara, tetapi juga Serie A dan trofi-trofi lain,” katanya.

“Saya perlu bekerja keras kerana bukan mudah untuk menjuarai Liga Juara-Juara. Saya berharap dapat membantu Juventus.”

 ??  ?? RONALDO (kiri) melambai kepada peminat di Pusat Kesihatan Juventus di Turin, semalam.
RONALDO (kiri) melambai kepada peminat di Pusat Kesihatan Juventus di Turin, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia