Harian Metro

Bolt makin hampir beraksi di A-League

-

Louisville, Amerika Syarikat: Tony Rallis, ejen pemenang lapan pingat emas Olimpik, Usain Bolt mengesahka­n jaguh pecut dunia itu semakin hampir beraksi dalam saingan bola sepak A-League (Australia) selepas ‘secara prinsipnya’ mencapai persetujua­n bersama Central Coast Mariners.

Beliau berkata, pelari pecut berusia 31 tahun itu sudah menetapkan untuk berkelana selama enam minggu di Australia yang bermula bulan depan dengan kontraknya boleh bertukar menjadi perjanjian jangka panjang.

“Perjanjian antara Mariners dan Bolt secara prinsipnya sudah dipersetuj­ui, tertakluk kepada beberapa perjanjian yang perlu dipenuhi,” kata Rallis kepada stesen radio Big Sport Breakfast.

Bagaimanap­un, Rallis berkata perjanjian itu bergantung sepenuhnya terhadap prestasi Bolt sepanjang enam minggu tempoh percubaan dan tajaan sokongan (Persekutua­n Bolasepak Australia (FFA).

Di bawah peraturan A-League, kelab boleh menandatan­gani dua pemain ‘bintang’ dengan gajinya dibenarkan untuk lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan.

“Dia akan mencipta impian baharu untuk pemain muda dan bakal memberi impak positif kepada A-League yang mana tidak boleh dibeli dengan wang. A-League memerlukan seorang wira dan kami sudah mendapatka­n Superman.”

Berita mengejutka­n itu diumumkan hanya selepas menyaksika­n kempen A-League musim ini mengalami kejatuhan mendadak dari segi kehadiran penyokong dan rating televisyen.

Difahamkan beberapa kelab dari Australia turut berminat untuk mendapatka­n Bolt sebagai pemain percubaan, tetapi tawaran Mariners dilihat paling konkrit.

Bolt sebelum ini tanpa berselindu­ng menyatakan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesiona­l, dan sudah menjalani sesi percubaan bersama pasukan Bundesliga, Borussia Dortmund dan Stromsgods­et (Norway) sejak bersara daripada arena olahraga. – Agensi

 ??  ?? BOLT beraksi pada perlawanan anjuran UNICEF pada Jun lalu.
BOLT beraksi pada perlawanan anjuran UNICEF pada Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia