Harian Metro

Ozil sertai jelajah pramusim di Singapura

-

London: Bintang tengah, Mesut Ozil (gambar) akan menyertai skuad Arsenal bagi jelajah pramusim di Singapura, kata pengurus baru kelab itu, Unai Emery.

Berikutan penyingkir­an awal mengejut Jerman di Piala Dunia, Ozil masih menikmati percutian dan belum menyertai latihan pra-musim dengan Emery hanya dapat menemui pemainnya yang tidak terbabit dalam kempen di Russia.

Emery yang menggantik­an Arsene Wenger memulakan tugas pertamanya bersama kelab dari London itu dengan kemenangan 8-0 ke atas kelab bukan liga, Boreham Wood, Sabtu lalu dengan pembelian baharu, Sokratis Papastatho­poulos dan Matteo Guendouzi turut beraksi.

Selain Ozil, pengurus kelahiran Sepanyol itu turut mengesahka­n pemain Mesir, Mohamed Elneny dan tonggak Nigeria, Alex Iwobi di mana pasukan mereka tersingkir awal di peringkat kumpulan Piala Dunia turut terbabit sepenuhnya dengan jelajah di negara Asia Tenggara itu.

“Sama buat semua pemain,” kata Emery. “Mereka memperoleh percutian yang sama. Saya mengenali Iwobi, Elneny dan Ozil. Dia akan bersama

kami di Singapura sejak hari pertama.”

Arsenal akan bermain menentang bekas kelab Emery, Paris Saint-Germain dan penyandang juara Liga Europa, Atletico Madrid dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabang­sa di Singapura.

Ozil, 29, berdepan kritikan hebat selepas tampil dengan prestasi longlai di Piala Dunia yang menyaksika­n juara 2014, Jerman menamatkan kempen di tangga tercorot peringkat kumpulan.

Tetapi Emery yang ditemui sebelum ini berkata Ozil tetap pemain yang amat penting buat skuad kendaliann­ya. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia