Harian Metro

Angkara elak cukai

-

Sanchez gagal sertai Jelajah Amerika Syarikat susulan masalah visa

Pemain sayap Manchester United, Alexis Sanchez terpaksa melupakan aksi permulaan pramusim Jelajah Amerika Syarikat kelab itu susulan masalah visa.

Jurucakap United yang sudah berada di Los Angeles berkata United masih berharap bintang berusia 29 tahun itu dapat menyertai semula jelajah sebaik ‘isu yang dikaitkan dengan masalah pentadbira­n peribadi’ diselesaik­an.

Media Britain melaporkan bahawa Sanchez difahamkan gagal mendapat visa perjalanan ke Amerika Syarikat susulan hukuman penjara selama 16 bulan yang dikenakan mahkamah Sepanyol pada Februari lalu berikutan isu mengelak cukai.

Dia dituduh menyembuny­ikan wang cukai sebanyak 983,000 euro ketika beraksi buat Barcelona pada 2012 dan 2013 dengan menggunaka­n sebuah syarikat di Malta dan tidak menyatakan jumlah pendapatan sebenar untuk mengelak cukai.

Di bawah undang-undang Sepanyol pesalah cukai akan dihukum penjara kurang daripada dua tahun bagi setiap sabit kesalahan itu namun bagi sesiapa yang tidak pernah mempunyai rekod jenayah jarang sekali dikenakan hukuman berkenaan.

BBC melaporkan bahawa Sanchez, yang menjalani latihan bersama United minggu lalu selepas cuti rehat tanpa aksi di Piala Dunia, sedang bekerja keras bersama peguamnya untuk menamatkan sekatan itu menerusi permohonan skim pengecuali­an.

Seluruh skuad Red Devils tanpa pemain yang beraksi di Piala Dunia, sudah bertolak ke Los Angeles semalam.

United akan memulakan aksi jelajah di AS membabitka­n lima perlawanan pemanas badan berdepan pasukan dari Mexico, Club America pada Jumaat ini. -REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia