Harian Metro

Blind kembali sertai Ajax Amsterdam

-

Mancheste, England: Manchester United bersetuju melepaskan pemain antarabang­sa Belanda, Daley Blind untuk kembali ke Ajax Amsterdam.

Pemain berusia 28 tahun itu pernah beraksi dengan skuad remaja Ajax dan tampil lebih 100 perlawanan sebelum menyertai United pada 2014 namun kurang mendapat tempat di bawah kendalian Jose Mourinho.

Media British melaporkan bahawa Blind melengkapk­an perpindaha­n menerusi yuran 14.1 juta pound (RM75.2 juta) namun boleh meningkat sehingga 18.5 juta pound (RM98.7 juta) berdasarka­n prestasiny­a sekali gus menjadi rekod baru buat Ajax.

Blind pemain serba boleh yang boleh beraksi di beberapa posisi di pertahanan dan tengah menyertai United dengan bayaran 14 juta pound (RM74.7 juta) selepas membuat penampilan

berbersama skuad kebangsaan di Piala Dunia 2014.

Bagaimanap­un dia bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasa­n utama di posisi pertahanan kiri daripada pemain antarabang­sa England Ashley Young dan saingan juga sengit untuk mendapat tempat di bahagian pertahanan tengah.

Blind yang memiliki 54 cap, memenangi Piala FA pada 2016 dan Liga Europa serta Piala Liga tahun lalu namun tidak beraksi pada final Piala FA ketika United tewas kepada Chelsea tahun ini.

Pemain Belanda itu sudah memasuki musim akhir bagi kontrak lima tahunnya bersama United dengan membuat 90 penampilan liga dalam tempoh empat tahun di Old Trafford termasuk hanya beraksi tujuh kali musim lalu.

Blind, yang beraksi keseluruha­n 141 perlawanan untuk United dan menjaringk­an enam gol tidak disenaraik­an bersama skuad ke Los Angeles bagi jelajah pra musim di Amerika Syarikat. – Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia