Harian Metro

Pussy Riot dijel 15 hari ceroboh aksi final

- AFP

 Jutaan rakyat Perancis rai kejayaan Les Bleus julang Piala Dunia 2018

Skuad juara dunia Perancis menerima sambutan wira sejurus tiba ke tanah air ketika ribuan peminat memenuhi Champs Elysees bagi mengikuti perarakan meraikan kejayaan mereka di Moscow.

Perancis muncul juara buat kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2 pada aksi final, Ahad lalu dengan pemain remaja, Kylian Mbappe meletakkan dirinya sebagai antara bintang bola sepak terkemuka di dunia biarpun baru berusia 19 tahun.

Berjuta-juta peminat membanjiri jalan raya bagi meraikan kejayaan

Perancis muncul juara dengan membunyika­n hon kenderaan masing-masing, mengibar bendera

Perancis, manakala Menara Eiffel dan Arc de Triomphe pula disinari cahaya biru,

Zagreb: Ratusan ribu penyokong turun membanjiri ibu kota Zagreb semalam untuk meraikan ketibaan pemain Croatia sejurus pulang daripada Russia selepas tewas dalam aksi final Piala Dunia.

Polis menganggar­kan sekitar 550,000 penyokong menyambut pasukan yang dibawa berarak menggunaka­n bas tanpa bumbung dari lapangan terbang ke tengah-tengah dataran utama di ibu kota berkenaan.

Ia mengambil masa kira-kira lima jam untuk bas itu tiba ke Dataran Jelavic tatkala ia bergerak perlahan melepasi deretan penyokong yang mengibarka­n bendera, memakai jersi Croatia serta menyanyika­n lagu kebangsaan mereka.

Sejak negara di bawah jajahan Yugoslavia itu merdeka pada 1991, hanya sekali Zagreb dilihat penuh dengan orang ramai iaitu ketika kunjungan Pope John Paul II pada 1994.

Malah, dianggarka­n lebih daripada 100,000 orang memenuhi dataran itu untuk putih dan merah yang juga warna kebangsaan.

Peminat membanjiri Champs Elysees sejak awal pagi, lokasi digunakan pasukan kebangsaan Perancis yang diarak dengan menggunaka­n bas tidak berbumbung.

“Kami bangga dengan pasukan ini, mereka menjadi pemain kami yang sebenar,” kata seorang peminat, Priscilla Lagneaux, 28 yang setia menunggu. “Kami perlu melihat mereka, dan juga piala itu.”

Pemain menerima sambutan penuh meriah di Lapangan Terbang Charles De Gaulle termasuk diberikan penghormat­an ‘water salute’ oleh pihak bomba.

Ramai pengkritik meletakkan fokus kepada usaha menunjukka­n semangat patriotism­e dan perpaduan nasional yang ditunjukka­n oleh pasukan bola sepak Perancis yang dianggotai pelbagai kaum termasuk Mbappe and Paul Pogba yang berasal dari Afrika dari lokasi sering diabaikan dan terbiar di Paris.

Pengarang akhbar Liberation, Laurent Joffrin, berkata mereka dapat menyesuaik­an diri dengan keadaan “di sebuah negara republik yang kita kasihi: bersatu dan pelbagai, patriotik dan terbuka, negara tanpa nasionalis­me.”

“Kebahagiaa­n tanpa penghujung,” tajuk akhbar sukan Perancis L’Equipe, manakala akhbar mingguan Journal du Dimanche, menerbitka­n edisi khas di Paris untuk meraikan kejayaan pasukan Perancis dengan tajuk “Menuju Bintang.”

Enam stesen metro di Paris pula dinamakan semula sebagai tanda penghormat­an kepada enam pemain tonggak utama - dengan perhentian Victor Hugo - penulis terkenal era abad ke-19 dinamakan lagu kebangsaan negara itu.

“Terima kasih Croatia, terima kasih Zagreb! Impian kita sudah tercapai,” kata Modric kepada penyokong.

Croatia mencipta sejarah baru kali ini apabila mara kali pertama ke pentas final Piala Dunia, namun tumbang kepada Perancis 4-2 dalam perlawanan penuh menghiburk­an di Stadium Luzhniki. - AFP sementara sebagai

Victor Hugo

Lloris iaitu ketua pasukan dan penjaga gol

Perancis.

Dua lagi stesen pula dijadikan didedikasi­kan sempena nama jurulatih Didier Deschamps, yang menjadi ketua pasukan Perancis ketika muncul juara

Piala Dunia pada 1998.

Deschamps yang menjadi individu ketiga selepas Mario Zagallo dan Franz Beckenbaue­r memenangi Piala

Dunia selaku jurulatih dan pemain berkata kemenangan di Russia

‘sama besar dan cantik’ seperti kejayaan pada 1998.

“Ada dua perkara utama. Pertama 23 pemain ini akan bersama-sama sepanjang hayat mereka, dan mulai sekarang mereka bukan lagi orang yang sama kerana sudah bergelar juara dunia.” Moscow: Mahkamah Moscow kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara 15 hari ke atas empat ahli kumpulan Pussy Riot yang melakukan protes dengan memakai uniform polis palsu dan menceroboh masuk ke padang ketika aksi final Piala Dunia, Perancis menentang Croatia, Ahad lalu.

Penceroboh­an ke dalam padang oleh ahli kumpulan pemuzik punk itu pada babak kedua di Stadium Luzhniki memang mengejutka­n kerana ia disaksikan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin serta beberapa pegawai tinggi dari seluruh dunia.

Hakim juga mengenakan larangan kepada empat tertuduh itu daripada menghadiri mana-mana kejohanan sukan selama tiga tahun.

Mereka yang terbabit adalah Veronika Nikulshina, Olga Pakhtusova, Olga Kurachyova dan Pyotr Verzilov.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang turut menyaksika­n perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow, akan meraikan kejayaan itu bersama 1,000 kanak-kanak di istana presiden.

Kurachyova berkata tindakan yang mereka lakukan itu adalah hak kebebasan bersuara dan mengutuk polisi FIFA iaitu badan induk bola sepak antarabang­sa.

“Sayang sekali kami mengganggu pemain,” kata Kurachyova kepada pemberita kelmarin.

“Malangnya FIFA terbabit dengan permainan tidak adil. FIFA berkawan dengan ketua negara yang mengamalka­n penindasan, melanggar hak asasi manusia.”

Verzilov pula berkata, persembaha­n mereka itu menunjukka­n bagaimana “kerajaan yang kami gambarkan dalam bentuk polis, mengganggu kehidupan rakyat.”

Tiga ahli asal Pussy Riot dipenjarak­an pada 2012 kerana melakukan protes terhadap Putin di gereja dan sejak itu mereka menjadi simbol kepada anti-Kremlin.Reuters

 ??  ?? PERDANA Menteri Perancis, Emmanuel Macron (tiga dari kiri) bersama isteri, Brigitte Macron menyambut skuad Les Bleus yang menjulang Piala Dunia 2018. MBAPPE berusia 19 tahun julang Piala Dunia bersama skuad Perancis.
PERDANA Menteri Perancis, Emmanuel Macron (tiga dari kiri) bersama isteri, Brigitte Macron menyambut skuad Les Bleus yang menjulang Piala Dunia 2018. MBAPPE berusia 19 tahun julang Piala Dunia bersama skuad Perancis.
 ??  ?? PASUKAN Croatia disambut penyokong setibanya di Zagreb,
Croatia.
PASUKAN Croatia disambut penyokong setibanya di Zagreb, Croatia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia