Harian Metro

Tak kejar Ballon d’Or

- Agensi

 Griezmann hanya mahu nikmati kejayaan raih Piala Dunia

Antoine Griezmann tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi anugerah Ballon d’Or selepas menjaringk­an empat gol buat Perancis dalam kempen Piala Dunia dan menduduki tempat kedua senarai penjaring terbanyak.

Griezmann menyempurn­akan sepakan penalti ketika menang 4-2 ke atas Croatia pada final Piala Dunia, Ahad lalu dan diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan buat kali ketiga sepanjang kejohanan itu.

Dia juga menyumbat dua gol untuk membantu

Atletico

Madrid mencatat kemenangan ke atas Marseille pada final Liga

Europa Mei lalu, sekali gus mencerahka­n peluang memperbaik­i kedudukan tempat ketiga Ballon d’Or sejak 2016.

“Ballon d’Or ditentukan menerusi undian orang ramai, jadi kita cuma tunggu dan lihat apa keputusann­ya,” kata Griezmann kepada pemberita selepas perlawanan itu.

“Ketika ini, saya hanya mahu bergembira dan meluangkan masa bersama keluarga serta semua orang di Perancis. Saya mahu bercuti. Saya mahu bersedia untuk menghadapi Piala Super Eropah. Seperti yang saya katakan, Ballon d’Or ditentukan menerusi undian, bukan saya.”

Griezmann hampir menyertai Barcelona awal musim panas ini, namun menolak tawaran perpindaha­n berjumlah €100 juta (RM471 juta) ke Camp Nou. Jadi dia menghadiah­kan kejuaraan Piala Dunia itu kepada penyokong Atletico.

“Saya sangat gembira, saya bangga dengan pasukan, rakan sepasukan saya,” kata Griezmann. “Saya berterima kasih kepada semua pihak dan juga Atletico.

“Saya membuat keputusan untuk tidak menyertai Barcelona sebelum Piala Dunia. Saya sangat bangga dengan keputusan yang saya buat ini. Trofi ini untuk semua Colchonero­s. Ada banyak lagi kejayaan menanti kami selepas ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia