Harian Metro

Mbappe ikut jejak Pele?

-

Moscow: Ketika Kylian Mbappe meledak gol keempatnya di Piala Dunia 2018, timbul pendapat betapa dia mungkin mampu mengemudi Perancis mengikuti kejayaan skuad

Brazil yang diketuai penyerang legenda, Pele.

Di usia 19 tahun, Mbappe menjadi pemain remaja kedua selepas Pele berjaya menjaringk­an gol di final Piala Dunia yang menyaksika­n Perancis mengatasi Croatia 4-2 untuk menjulang trofi keagungan bola sepak itu buat kali kedua selepas 20 tahun.

Pele melakukann­ya ketika berusia 17 tahun pada 1958, yang menjadi titik tolak kepada dominasi dan kemenangan Brazil di tiga edisi Piala Dunia dalam tempoh 12 tahun termasuk ketika membenam Itali pada 1970.

Biarpun jurang antara Mbappe dan Pele semakin rapat, namun perjalanan bintang muda Perancis itu masih terlalu jauh jika dibandingk­an

dengan kehebatan tonggak Brazil berkenaan.

Bersama Antoine Griezmann, yang dipilih sebagai pemain terbaik di final Piala Dunia di Moscow dan Paul Pogba selaku tonggak utama di bahagian tengah, pertahanan kental Samuel Umtiti dan Raphael Varane, Perancis dilihat sudah mempunyai asas yang kukuh ke arah itu.

Peluang mereka meneruskan kejayaan turut ditingkatk­an oleh jurulatihn­ya, Didier Deschamps yang amat popular dalam kalangan pemain akan kekal mengetuai pasukan itu.

Kontrak Deschamps dijadual berakhir pada Euro 2020, tetapi dengan begitu banyak potensi di dalam pasukannya, bekas pemenang Piala Dunia pada

1998 itu pasti teruja untuk melanjutka­n khidmatnya. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia