Harian Metro

JDT II ibarat ‘pengacau’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Boleh halang misi FELCRA FC kukuh kedudukan tangga kedua

di Liga Perdana

Ketua pasukan FELCRA FC, Shahrom Kalam menganggap Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sebagai ‘pengacau’ yang boleh menghalang hajat mereka untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua Liga Perdana.

Kedua-dua pasukan akan bertarung di Stadium Shah Alam, malam ini dengan kemenangan akan menyaksika­n FELCRA meletakkan sebelah kaki ke Liga Super musim depan.

Jika menang ke atas JDT II, pasukan bergelar The Rivals itu akan mengumpul 34 mata, yang pasti kian sukar dicabar oleh pesaing terdekatny­a, MIFA dan PDRM yang kini menduduki tangga ketiga dan keempat.

Namun, Shahrom sedar misi mengutip tiga mata bukan tugas mudah kerana JDT II tidak akan memberi laluan selesa kepada mereka.

“Menentang JDT II ibarat berlawan dengan pasukan Liga Super kerana mereka dibenarkan menggunaka­n pemain daripada skuad utama seperti Fazley Mazlan, Adam Nur Azlin, Syafiq Ahmad malah Nazmi Faiz Mansor.

“Selain itu, pemain import mereka, (Harry) Novillo dan (Nicolas) Fernandez juga bagus. Saya percaya JDT II akan menurunkan barisan terkuat esok (hari ini) dan menjadi ‘pengacau’ kepada misi kami,” kata Shahrom.

Begitupun, berdasarka­n prestasi semasa, Shahrom yakin FELCRA juga sudah bersedia untuk menghadapi pertempura­n ini apatah lagi semua pemain utama bebas daripada kecederaan mahupun penggantun­gan.

“Peluang kami untuk menamatkan musim di tangga kedua, seterusnya layak ke Liga Super musim depan sangat cerah. Selepas sampai ke tahap ini, tidak mungkin pemain mahu mensia-siakan peluang ini.

“Ini menjadi kunci motivasi kami setiap kali turun bermain. Saya yakin rakan sepasukan akan memberi lebih 100 peratus komitmen untuk cuba mencapai kemenangan ke atas JDT II, esok (hari ini),” katanya.

 ??  ?? SHAHROM
SHAHROM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia