Harian Metro

Tahan empat pengarah kait dengan rasuah

-

Kota Kinabalu: Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) antara empat individu ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah laku berhubung penyelengg­araan kapal.

Pengarah terbabit bersama tiga pengarah syarikat kontraktor berusia 40 hingga 50-an itu ditahan di pejabat SPRM dan kediaman mereka sekitar Kota Kinabalu, kelmarin.

Menurut sumber, penahanan empat individu itu bagi membantu siasatan sekiranya wujud unsur rasuah atau sebaliknya berhubung penyelengg­araan kapal yang berlabuh di Sabah sepanjang 2016 hingga tahun ini.

“Sehubungan itu, penggeleda­han bagi mencari dokumen berkaitan turut dilakukan di kediaman individu terbabit, namun difahamkan nilai wang terbabit berkaitan kes itu masih dalam siasatan SPRM.

“Kesemua mereka kini ditahan reman dua hingga empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu semalam.

Prosiding bagi mendapatka­n perintah tahanan reman itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin.

Pengarah JPDS dan dua pengarah syarikat kontraktor yang tidak diwakili peguam ditahan reman selama empat hari bermula semalam, manakala seorang lagi individu iaitu pengarah syarikat kontraktor yang diwakili peguam, Edward Paul direman dua hari.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM membawa Pengarah JPDS bagi membantu siasatan berhubung kes memberi sogokan kepada penjawat awam.
PEGAWAI SPRM membawa Pengarah JPDS bagi membantu siasatan berhubung kes memberi sogokan kepada penjawat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia