Harian Metro

Cekup tiga sekawan curi tangga aluminium

-

Miri: Tindakan tiga sekawan cuba melarikan tangga aluminium dari sebuah rumah di Tudan di sini, memakan diri selepas dua daripada mereka dicekup penduduk, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiga lelaki berusia 30-an cuba melarikan diri menaiki dua motosikal sebelum dipintas ahli Jawatankua­sa Penduduk (JKP) Tudan, Miri dan Permyjaya/Vista yang curiga dengan kehadiran mereka.

Jurucakap JKP Miri, Malateh Mahmud berkata, sebelum kejadian, beberapa ahli JKP sedang menjalanka­n rondaan di kawasan perumahan berhampira­n sebelum terserempa­k dengan tiga suspek keluar dari sebuah rumah sambil membawa sebuah tangga aluminium.

Katanya, ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran ahli JKP di kawasan itu yang cuba menahan mereka untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Bagaimanap­un, seorang suspek juga berusia

30-an gagal melarikan diri dan ditahan di tepi pagar rumah. Manakala dua lagi suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal bersama tangga berkenaan,” katanya ketika ditemui NSTP.

Beliau berkata, ahli JKP kemudianny­a mengejar kedua-dua suspek sejauh dua kilometer sebelum seorang daripada suspek dapat ditahan bersama tangga berkenaan, namun seorang lagi suspek dapat meloloskan diri.

Katanya, kedua-dua suspek yang ditahan kemudianny­a diserahkan kepada polis bersama tangga berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian giat dijalankan.

 ??  ?? ANGGOTA polis menahan seorang suspek selepas melarikan diri bersama tangga yang dicuri.
ANGGOTA polis menahan seorang suspek selepas melarikan diri bersama tangga yang dicuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia