Harian Metro

Tak sempat elak

- Abdul Rahemang Taiming news@nstp.com.my

 Warga emas mati tersepit kenderaan dipandu masuk simpang tiba-tiba

Lelaki warga emas maut apabila kereta dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Batu 3 Jalan Apas-Jalan Tawau Lama dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ho Chee Yen, 65, yang memandu Perodua Kancil, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di muka dan dada akibat tersepit di bahagian stereng.

Bagaimanap­un, pemandu pacuan empat roda iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila mangsa secara tiba-tiba masuk ke simpang Lorong

Hua Dat, mengakibat­kan pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal mengelak.

“Akibat pelanggara­n itu, kenderaan pacuan empat roda terbabas dan terbalik ke dalam longkang besar di kiri jalan, manakala Perodua Kancil berpusing dan terhenti di laluan sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Fadil berkata, siasatan lanjut mendapati remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan lima sekolah menengah di sini tidak memiliki lesen memandu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menghantar dua jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Sebaik tiba di lokasi kemalangan, anggota bomba mengeluark­an pemandu yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tawau untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? KEADAAN Perodua Kancil selepas bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam satu kemalangan di Batu 3, Jalan Apas-Jalan Tawau Lama, di Tawau.
KEADAAN Perodua Kancil selepas bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam satu kemalangan di Batu 3, Jalan Apas-Jalan Tawau Lama, di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia