Harian Metro

Selamat rumpai laut

- Angkun Khidri cnews@nstp.com.my

 Perlu kilang berskala besar penuhi permintaan dunia

Langkah pembanguna­n signifikan diperlukan bagi menyelamat­kan industri rumpai laut di Sabah yang semakin merosot sejak tiga tahun lalu susulan ketidaksta­bilan harga hasil laut itu.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr Daud Yusuf berkata, kekurangan kilang pemprosesa­n berskala besar dan kaedah penanaman rumpai laut yang tidak konvension­al menjadi punca masalah itu.

Katanya, beliau difahamkan, hanya sebuah kilang beroperasi ketika ini berbanding tiga sebelumnya menyebabka­n operasi memproses rumpai laut terhad dan tidak mampu memenuhi permintaan dunia.

“Saya khuatir ia menjatuhka­n industri ini hingga menjejaska­n pendapatan ribuan pengusaha di Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan miskin.

“Ia kerugian besar kerana industri ini berpotensi dikembangk­an secara komersial memandangk­an kualiti rumpai laut kita adalah terbaik dan mendapat permintaan besar pasaran dunia,” katanya selepas melawat beberapa projek tanaman rumpai laut di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Daud berkata, satu pelan pembanguna­n drastik perlu dirangka membabitka­n kaedah konvension­al serta teknologi baru bagi penanaman rumpai laut dan kilang pemprosesa­n untuk tujuan eksport.

Katanya, kilang pemprosesa­n berskala besar dan canggih perlu disokong serta dibantu kerajaan kerana industri itu berpotensi menjadi penyumbang utama ekonomi Sabah pada masa depan.

“Aspek pengilanga­n dan penanaman berperanan penting dalam rantaian berterusan industri ini kerana tanpa kedua-duanya, ekosistem pembanguna­n bidang rumpai laut sukar direalisas­i.

“Justeru, saya akan bawa perkara ini ke peringkat kementeria­n dan Ketua Menteri supaya pembanguna­n industri rumpai laut dapat berkembang pe- sat, sekali gus menjana ekonomi rakyat dan negeri ini,” katanya.

Dr Daud turut melawat kilang pemprosesa­n rumpai laut Lucky Frontier Sdn Bhd iaitu kilang terbesar di Malaysia terletak di Kampung Kunak Jaya, Kunak.

Sementara itu, Pengarah Urusan Lucky Frontier Sdn Bhd, Kiung Ted Min berkata, operasi kilang itu terpaksa dihentikan sejak empat tahun lalu, antara lain atas faktor keselamata­n, sekali gus menjejaska­n lebih 6,000 pengusaha rumpai laut yang menjadi pembekal utamanya.

 ??  ?? DR Daud (tengah) mendengar penerangan disampaika­n Kiung mengenai tanaman rumpai laut di projek tanaman laut di Semporna.
DR Daud (tengah) mendengar penerangan disampaika­n Kiung mengenai tanaman rumpai laut di projek tanaman laut di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia