Harian Metro

Kaji semula struktur lebuh raya

-

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah dan Kementeria­n Kerja Raya (KKR) bersetuju mengkaji semula struktur model pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini.

Persetujua­n itu dicapai hasil perbincang­an selepas kunjungan hormat Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony ke atas Menteri Kerja Raya Baru Bian di Kuala Lumpur, kelmarin.

Peter menerusi kenyataan berkata, kerajaan negeri menekankan supaya projek lebuh raya itu perlu diteruskan untuk mengurangk­an jurang indeks pembanguna­n jalan raya (RDI) antara Sabah dengan negeri lain.

Bagaimanap­un katanya, kementeria­nnya mendapati model pelaksanaa­n Projek Lebuh raya Pan Borneo di negeri ini yang membabitka­n pelantikan Rakan Pelaksana Projek (PDP) sebagai agensi pelaksana adalah satu pembaziran wang rakyat.

Beliau berkata, sehingga RM1 bilion boleh dijimatkan jika projek itu diurus selia sendiri KKR dan Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah iaitu daripada fi dan bayaran balik PDP, selain dijangka sejumlah besar penjimatan dapat diperoleh jika kaedah perolehan secara tender terbuka.

“Berdasarka­n perbincang­an kedua-dua pihak, kami bersetuju struktur model pelaksanaa­n Lebuh raya Pan Borneo (Sabah) ini dikaji semula.

“Menteri Kerja Raya menyaranka­n Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur menyediaka­n kertas cadangan berkenaan kaedah pelaksanaa­n terbaik untuk dikemukaka­n kepada KKR dan seterusnya dipanjangk­an kepada Kementeria­n Kewangan,” katanya, semalam.

Projek Lebuh raya Pan Borneo Sabah dilaksanak­an dalam tiga fasa sepanjang 1,236 kilometer (KM) dengan anggaran kos bagi Fasa 1 yang mempunyai 35 pakej ialah RM12,864 bilion meliputi 706km, manakala Fasa 2 dan 3 membabitka­n laluan sepanjang 413km lagi kini dalam peringkat perancanga­n.

 ??  ?? PETER (kanan) bersalam dengan Baru selepas mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementeria­n Kerja Raya di Kuala Lumpur.
PETER (kanan) bersalam dengan Baru selepas mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementeria­n Kerja Raya di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia