Harian Metro

Beli diesel RM20,000 sebulan

-

Petra Jaya: Jabatan Pendidikan Sarawak diberi lampu hijau membuat pembelian langsung bekalan diesel membabitka­n peruntukan RM20,000 sebulan bagi tempoh 10 bulan akan datang.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, 369 sekolah dibekalkan diesel bagi tujuan penjanaan tenaga dengan setiap sekolah dilantik satu kontraktor bukan semua sekolah di bawah satu kontraktor besar.

“Bagi 2017 hingga 2019, jumlah keseluruha­n kontrak memasang hibrid solar adalah RM1.32 bilion, termasuk enam peratus cukai barang dan perkhidmat­an (GST) yang diberikan kepada Jepak Holding Sdn Bhd.

“Bagaimanap­un, kontrak berkenaan kini sedang disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sesi penggulung­an di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Sementara itu, Manyin berkata, terlalu banyak sekolah di Sarawak berhadapan pelbagai masalah, termasuk ketiadaan elektrik, air bersih, sekolah usang, selain laluan digunakan untuk ke sekolah yang sukar.

“Daripada keseluruha­n jumlah sekolah berkenaan, 371 sekolah masih berdepan masalah bekalan elektrik dan hanya bergantung kepada generator sejak sekian lama.

“Tahun lalu, kementeria­n memajukan cadangan supaya 113 sekolah berada 10 kilometer daripada talian grid elektrik disambung bekalan dan anggaran perbelanja­an bagi tujuan itu berjumlah RM50 juta,” katanya.

 ?? Michael Manyin Jawong ?? 369 sekolah dibekalkan diesel bagi tujuan penjanaan tenaga dengan setiap sekolah dilantik satu kontraktor”
Michael Manyin Jawong 369 sekolah dibekalkan diesel bagi tujuan penjanaan tenaga dengan setiap sekolah dilantik satu kontraktor”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia