Harian Metro

PESANAN TERAKHIR

Tiga maut motosikal rempuh belakang kenderaan berhenti di lorong kecemasan

- Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

“Hati-hati dengan lori,” Itu mesej terakhir diberikan Aida Suriani Iskandar Abdullah, 34, kepada adik tirinya, Siti Nur Aisah Aman, 21, yang maut dalam nahas jalan raya bersama dua anak saudara mereka, Mohamad Norridwan Abdullah, 10, dan Iffa Qistina Aida Abdullah, 14.

Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian berhampira­n susur masuk Hospital Sungai Buloh Lebuhraya PLUS di sini, sejurus motosikal Honda Wave ditunggang mereka merempuh bahagian belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan.

Aida yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, pagi semalam berkata, adik tiri bersama dua anak saudaranya pergi ke Kampung Gajah, Perak sejak minggu lalu.

Menurutnya, Aisah memaklumka­n mahu membawa dua anak saudara mereka bertemu adiknya di kampung berkenaan.

“Saya tidak dimaklumka­n pemergian mereka ke kampung berkenaan dan hanya diberitahu oleh Aisah tiga hari selepas mereka di sana,” katanya.

Aida berkata, dia mengambil cuti sakit selepas cedera di kaki akibat kemalangan pada 27 Jun lalu hingga memaksanya memakai kerusi roda.

“Saya ada meminta Aisah yang bekerja sebagai pelayan restoran untuk mengambil cuti bagi menjaga saya. Bagaimanap­un Aisah memaklumka­n berada di kampung,” katanya

Aida berkata dia menghubung­i Aisah meminta mereka pulang semula ke rumah di Taman Botanic, Klang memandangk­an dua anak saudaranya sudah beberapa hari tidak ke sekolah.

“Semalam (kelmarin) Aisah membuat panggilan video menerusi WhatsApp memaklumka­n mereka akan pulang ke rumah jam 5 petang. Dalam panggilan video selama 20 minit itu, saya perasan mata Iffa kelihatan bengkak, namun saya tidak berfikir bukan-bukan.

“Sebaik tamat panggilan video itu, saya menghantar WhatsApp kepada Aisah memintanya supaya berhati-hati dengan lori memandangk­an mereka balik menggunaka­n lebuh raya yang mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai ke rumah.

“Saya tidak sangka itu perbualan terakhir kami. Saya terkilan tidak dapat berjumpa mereka,” katanya yang bekerja sebagai kerani.

Aida berkata, dia dimaklumka­n berhubung nahas itu jam 9 pagi semalam oleh abangnya selepas anggota polis datang ke rumah mereka.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga lain berulang kali cuba menghubung Aisah bermula jam 9 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam namun gagal.

“Saya hanya mampu meraung sebaik dimaklumka­n semua mereka maut dalam kemalangan itu.

“Saya dan ibu menjaga Mohamad Norridwan dan Iffa sejak bapa dua beradik itu meninggal dunia manakala ibu kandung anak saudara saya itu ber- kahwin lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan

Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, siasatan mendapati motosikal Honda Wave dinaiki tiga mangsa terbabit melanggar bahagian belakang kanan lori berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan.

“Rempuhan itu menyebabka­n semua mangsa tercampak di lorong tengah jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Saya tidak sangka itu perbualan terakhir kami Aida Suriani

 ??  ??
 ??  ?? TIGA maut selepas motosikal dinaiki merempuh lori yang berhenti di lorong kecemasan, semalam.
TIGA maut selepas motosikal dinaiki merempuh lori yang berhenti di lorong kecemasan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia