Harian Metro

GUNA BAKAT SARA KELUARGA

Lelaki OKU sara hidup dengan tulisan khat kufi, jawi, doodle tanpa harap bantuan keluarga

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Biarpun keadaan kaki Danial Ariff Jamil, 27, tidak sempurna seperti insan normal, namun jari tangannya ligat mencurahka­n kreativiti di atas kertas A4 dan A3.

Hanya menggunaka­n pen lakaran, namun sentuhan elemen islamik tulisan khat kufi, jawi dan doodle pemuda itu tidak kurang hebatnya apabila berjaya memukau peminat seni itu.

Dia yang juga anak kedua daripada lima beradik berkata, itulah rutinnya sejak lebih tiga tahun lalu demi mencari rezeki tanpa bergantung sepenuhnya kepada keluarga dan bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya cacat fizikal kaki sejak lahir akibat masalah tulang membengkok. Dulu saya pernah bekerja sebagai penjaga stor di Port Dickson selain membuat reka bentuk baju untuk sebuah syarikat di Seremban, Negeri Sembilan.

“Namun, sejak lebih tiga tahun lalu, saya berhenti kerana diserang sakit saraf pada bahagian pinggang ke kaki yang menyebabka­n saya tidak mampu berdiri dan duduk lebih lama,” katanya.

Menurutnya, dia menggunaka­n bakat melukis sejak di bangku sekolah rendah untuk menyara hidupnya dengan menerima tempahan melalui media sosial.

“Biasanya saya mengambil tempahan melalui kenalan rapat, WeChat, Instagram (IG) mahupun Facebook. Satu lukisan saiz A4 berharga RM30 hingga

RM50 manakala bagi saiz A3 pula RM50 hingga RM70 kerana saya hanya menggunaka­n material

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia