Harian Metro

BAPA GIGIT KEPALA BAYI

Suspek tidak tahan mangsa menangis turut ugut jual zuriat

- >5

Bapa durjana dan mungkin juga sudah hilang akal. Itu gelaran sesuai buat seorang lelaki apabila tergamak menggigit kepala bayi perempuann­ya yang baru berusia 20 hari hanya kerana anaknya itu kerap menangis.

Tidak cukup dengan perbuatann­ya itu, suspek juga kerap melambung dan pernah menggantun­g anaknya di buai hingga terjatuh di rumah mereka di Bumbung Lima.

Malah, dia juga pernah mengugut mahu menjual bayi berkenaan dan sering memukul anaknya yang lain membuatkan isterinya bimbang dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan polis di pekarangan Hospital Kepala Batas di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek ditahan jam 7.50 malam oleh anggota polis yang melakukan Op Cantas.

Menurutnya, isteri suspek membawa bayi mereka ke hospital untuk rawatan dan doktor mendapati kesan lebam sudah hilang kerana kejadian sudah beberapa hari berlaku.

“Hasil siasatan awal, kami dapati suspek kerap melambung dan menggigit bayi berkenaan di kepala, hidung serta pipi hingga meninggalk­an kesan.

“Punca dia berbuat demikian kerana bayi terbabit kerap menangis malah siasatan juga mendapati suspek pernah mengugut mahu menjual anaknya itu,” katanya, semalam.

Noorzainy berkata, suspek yang tidak bekerja itu didapati positif methamphet­amine namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut

Suspek yang tidak bekerja itu didapati positif methamphet­amine, namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau”

Noorzainy Mohd Noor

Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak

2001 dan suspek akan direman hari ini (semalam) di Mahkamah Butterwort­h,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia