Harian Metro

‘Sila duduk, jangan lari’

Yang di-Pertuan Agong

-

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mengalu-alukan pendekatan kerajaan menegakkan ketelusan terutama dengan mendedahka­n kedudukan kewangan negara yang sebenar.

Baginda bertitah, ia termasuk mengkaji semula perbelanja­an, kos projek dan mengurus kewangan serta berhemat.

Sehubungan itu, baginda menyokong langkah memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), menstabilk­an harga minyak dan memberikan bantuan sara hidup yang diharap dapat meringanka­n bebanan rakyat.

“Pada masa sama, beta menghargai sumbangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur yang disalurkan kepada dana Tabung Harapan sebagai tanda prihatin terhadap negara,” titahnya dalam ucapan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14, semalam.

Dalam ucapannya, Sultan Muhammad V mahu kerajaan terus mencari jalan mendepani pelbagai cabaran dihadapi negara di peringkat global dan domestik.

Titah baginda, cabaran itu antaranya ketidakten­tuan ekonomi global, konflik politik, krisis kemanusiaa­n dan ancaman fahaman radikal.

Menyentuh soal Revolusi Perindustr­ian 4.0, baginda mengalu-alukan sebarang inisiatif melalui penggubala­n dasar, strategi dan kerangka perundanga­n untuk mendepani cabaran mengharung­i era itu.

Menyentuh isu kemajmukan di negara ini, Sultan Muhammad V mahu rakyat menghentik­an ungkitan terhadap segala isu sensitif antara kaum.

“Elemen negatif dan tindak tanduk yang mengganggu gugat kesepaduan serta keharmonia­n perlu dibanteras. Hentikan ungkitan terhadap isu sensitif antara kaum,” titahnya.

 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Muhammad V ketika Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-14, semalam.
SULTAN Muhammad V ketika Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-14, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia