Harian Metro

Disita sekali lagi

Kapal persiaran mewah Jho Low diserbu pihak berkuasa Indonesia

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Pihak berkuasa Indonesia sekali lagi menyerbu dan menyita kapal persiaran mewah Equanimity selepas hampir dua bulan sitaan kali pertama disahkan terbatal atas faktor teknikal.

Portal berita Malaysiaki­ni melaporkan, langkah itu didedahkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah, kelmarin.

Menurut dokumen itu, Pejabat Hal Ehwal Luar DOJ sudah mengemukak­an permohonan untuk Bantuan Perundanga­n Bersama (MLA) kepada Kementeria­n Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April sebelum pihak berkuasa Indonesia kembali menaiki Equanimity dan menyita kapal persiaran berkenaan pada 9 Julai lalu.

“Pada 9 Julai 2018 pihak berkuasa Indonesia melaksanak­an proses itu dengan menaiki Equanimity bersama satu salinan waran tangkap.

“Ketika di dalam kapal itu, pihak berkuasa menyerahka­n satu salinan waran tangkap ke atas kapal layar dan satu lagi salinan waran tangkap untuk kapten Equanimity,” kata dokumen DOJ itu kepada Mahkamah Daerah California.

Langkah berkenaan dibuat sebagai makluman kepada mahkamah bahawa waran tangkap yang mereka keluarkan pada 16 Jun tahun lalu sudah dilaksanak­an.

Turut disertakan pada dokumen terbabit adalah gambar waran berkenaan diserahkan polis Indonesia di atas kapal Equanimity.

Berdasarka­n laporan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) yang turut dikemukaka­n kepada mahkamah, mereka dimaklumka­n oleh polis Indonesia seorang peguam ada bersama kapten kapal terbabit ketika waran itu diserah.

“Polis Indonesia percaya peguam itu mewakili pemilik kapal persiaran berkenaan,” kata laporan itu.

Sebelum ini, DOJ mengemukak­an saman pelucutan hak secara sivil ke atas kapal bernilai AS$250 juta itu pada 15 Jun tahun lalu.

Ia a antara 30 saman seumpamany­a yang dilakukan pihak terbabit untuk merampas pelbagai aset yang didakwa AS diperoleh melalui penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Equanimity didakwa dimiliki ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang sebelum ini mendakwa tuduhan dikaitkan kepadanya bermotifka­n politik.

Pihak berkuasa Indonesia merampas Equanimity atas permintaan DOJ pada 28 Februari lalu.

Bagaimanap­un, Mahkamah Daerah Jakarta memutuskan rampasan itu tidak sah kerana MLA dikemukaka­n DOJ diserahkan terus kepada polis sedangkan ia sepatutnya melalui Kementeria­n Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia.

 ??  ?? KAPAL persiaran mewah Equanimity.
KAPAL persiaran mewah Equanimity.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia