Harian Metro

Tutup 14 hari dapur penuh lalat

-

Putrajaya: Sebuah restoran terkenal dengan hidangan nasi kandar di Presint 15 di sini, diarah tutup 14 hari selepas pemeriksaa­n mendapati premis berkenaan kotor.

Notis perintah tutup bermula semalam hingga 30 Julai dikeluarka­n dalam Operasi Bersepadu Periksa Premis Makanan di Putrajaya yang dilaksanak­an Perbadanan Putrajaya (PPj) sekitar pusat komersial, Nadi@15, Presint 15.

Operasi diketuai Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail itu membabitka­n 30 kakitangan Bahagian Kesihatan Persekitar­an, Bahagian Penguatkua­sa, Bahagian Komersial, Pembanguna­n Perniagaan dan Pelesenan, Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland, Bahagian Seni Bina dan Inspektora­t Bangunan serta Jabatan Undang-Undang.

Hasim berkata, mengikut Penetapan Gred Premis Makanan, restoran berkenaan mendapat gred C iaitu keadaan premis yang tidak bersih dan penyediaan makanan tidak selamat.

“Menerusi pemeriksaa­n, terdapat lipas dan lalat di dapur selain stor barangan tidak disusun dengan teratur.

“Selain itu, mereka juga tidak dapat mengemukak­an bukti pengendali makanan di restoran itu mendapatka­n suntikan vaksin (pelalian antitifoid) melalui pengamal perubatan berdaftar.

“Restoran ini baru beroperasi tiga bulan dan beberapa kali diberi teguran. Kami tidak ambil tindakan tutup terus, tetapi memberi teguran termasuk kompaun. Apabila teguran sudah diberi tetapi masih tiada pembaharua­n, kami terpaksa keluarkan notis perintah tutup.

 ??  ?? HASIM (tengah) melakukan pemeriksaa­n di sebuah restoran nasi kandar di Presint 15, Putrajaya.
HASIM (tengah) melakukan pemeriksaa­n di sebuah restoran nasi kandar di Presint 15, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia