Harian Metro

Jasad guru di pantai lepas hilang jam 2 pagi

-

Jertih: “Saya terkejut apabila mendapati arwah tiada di chalet kami ketika suami membuat pemeriksaa­n jam 2 pagi tadi (semalam),” kata Nurul Jannah Mohd Amin, 27, kakak ipar kepada mangsa lemas, Eliza Nurhidayah Mohd Rajali, 35, di Pulau Perhentian.

Menurutnya, menyedari kehilangan Eliza, suaminya yang dikenali sebagai Phyruzan, 40, yang mengesyaki sesuatu terus ke pantai untuk menjejak mangsa berdasarka­n kesan tapak kaki di pesisiran pantai.

Menurutnya, dengan bantuan pekerja chalet usaha mengesan mangsa dilakukan sekitar kawasan pantai berhampira­n chalet, tetapi tidak berjaya dan diberhenti­kan untuk disambung pada waktu pagi.

Nurul berkata, sebelum kehilangan mangsa, Eliza kelihatan mesra dengan ahli keluarga yang datang bermalam di chalet terbabit.

Mangsa yang juga seorang guru dan mempunyai enam anak baru kelmarin ke pulau itu dan bermalam di chalet milik abangnya selepas sekian lama mereka tidak datang.

Suaminya yang kini menetap di Johor Bharu tidak datang bersama Eliza kerana urusan kerja.

Nurul berkata, dia dikejutkan apabila seorang penduduk memberitah­u ada menjumpai mayat wanita terdampar di pantai 400 meter dari chalet berkenaan.

“Apabila menerima berita berkenaan, suami saya terus berkejar ke lokasi dan mengesahka­n wanita ditemui itu adalah adiknya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Besut, semalam.

Mayat Eliza yang berpakaian lengkap ditemui orang awam jam 9.30 pagi.

Nurul berkata, ketika menunaikan solat Isyak malam tadi (semalam) arwah kelihatan pelik apabila membaca surah beberapa kali seolah-olah dia sudah lupa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika mengesahka­n kejadian itu berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana mati lemas.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa jenazah Eliza ke bilik mayat Hospital Besut.
ANGGOTA polis membawa jenazah Eliza ke bilik mayat Hospital Besut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia