Harian Metro

Terbunuh ditimpa bumbung kilang

-

Alor Setar: “Arwah memang tak suka makan durian, tetapi Jumaat lalu, dia beli tiga biji durian jenis udang merah dan musang king selain minta saya masakkan nasi. Dia beritahu dia teringin nak makan,” kata Salehah Che Pi, 54.

Salehah isteri kepada Johari Zakaria, 60, yang maut ditimpa bumbung ketika ribut, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Johari sedang bekerja di kilang perabot di Gunung Keriang, sebelum angin kuat dan ribut yang menyebabka­n dia terperangk­ap di bawah runtuhan bumbung premis bersama seorang lagi rakan sekerja.

Bagaimanap­un, mayatnya dikeluarka­n anggota bomba daripada runtuhan dan disahkan meninggal dunia manakala rakannya, Lim Bon Chew, 33, hanya cedera.

Salehah berkata, dia tidak menyedari kelainan arwah adalah petanda dia bakal meninggalk­annya.

Katanya, dia mengetahui kejadian menimpa arwah selepas dihubungi anak tiri, Amir Suhaimi Johari, 39, pada jam 5.30 petang namun tidak dimaklumka­n keadaan Johari.

Tidak lama selepas itu, Salehah menerima panggilan telefon daripada saudara yang tinggal berhampira­n lokasi kejadian memaklumka­n suaminya sudah meninggal dunia.

“Suami pulang tengah hari sebelum kejadian untuk makan dan itulah kali terakhir kami berjumpa. Arwah hanya berbual seperti biasa dan tidak menampakka­n kelainan.

“Cuma hal durian itu yang saya pelik kerana dia tiba-tiba teringin makan dan membeli buah jenis mahal walaupun sebelum itu langsung tak makan durian.

“Aidilfitri lalu pun dia beli baju raya sedondon berwarna biru sedangkan sebelum ini dia lebih suka pakai kemeja-T dan kain pelekat,” katanya, semalam.

FAKTA Mayat mangsa

dikeluarka­n anggota bomba daripada runtuhan

 ??  ?? SALEHAH menunjukka­n baju raya suaminya, Johari.
SALEHAH menunjukka­n baju raya suaminya, Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia