Harian Metro

Dah nasib Amirul

Remaja lumpuh selepas terjatuh di rumah pengasuh ketika berusia enam bulan

- Omar Osman cnews@nstp.com.my

Hati ibu bapa mana tidak kecewa apabila anak yang dilahirkan sempurna tiba-tiba lumpuh selepas terjatuh di rumah pengasuh ketika berusia enam bulan.

Norhayati Mohamad, 45, berkata, anak lelakinya, Amirul Mohd Fauzi yang kini berusia 18 tahun hanya terlantar di katil dan tidak mampu melihat, berjalan serta bercakap, malah hanya bergantung kepada susu yang diminum melalui tiub setiap hari.

Menurut Norhayati, kejadian menimpa Amirul berlaku sekitar tahun 2000 dan kesan kejadian itu, anaknya dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami pendarahan otak selain demam panas teruk ketika menerima rawatan.

Katanya, selepas kejadian otak sebelah kanan Amirul disahkan rosak.

“Lebih menyedihka­n demam panas itu menyebabka­nnya lumpuh, buta, tidak boleh bercakap dan makan.

“Kini sudah 18 tahun Amirul hanya terlantar atas katil, namun dia faham apa yang kita cakap cuma tidak mampu bertutur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Bayu 1, Sungai Lalang di sini, semalam.

Norhayati berkata, setiap tiga jam Amirul perlu diriba bagi memudahkan­nya minum susu selain menukar lampin.

Katanya, Amirul memerlukan katil lebih baik seperti di hospital bagi memudahkan­nya minum tanpa perlu diangkat.

Bagaimanap­un, Norhayati berkata, suaminya, Mohd Fauzi Abdullah, 41, tidak mampu membeli katil berkenaan kerana terlalu mahal.

“Suami bekerja sebagai mekanik sambilan dengan pendapatan RM800 sebulan. Hanya cukup untuk kehidupan kami empat beranak.

“Saya tidak mampu membeli susu yang disyorkan doktor kerana harganya mahal dan hanya mampu membeli susu biasa.

“Biarpun Amirul menerima bantuan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia tidak cukup kerana harga susu mahal dan satu peket hanya tahan empat hari, selain lampin pakai buang juga perlu banyak,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubung­i keluarga terbabit di talian 017-509285.

 ?? FOTO: ?? NORHAYATI memangku Amirul yang lumpuh sejak 18 tahun lalu selepas terjatuh di rumah pengasuh.
FOTO: NORHAYATI memangku Amirul yang lumpuh sejak 18 tahun lalu selepas terjatuh di rumah pengasuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia