Harian Metro

Ajak bermalam di hotel

- Nor Akmar Samudin dan Rizanizam Abdul Hamid cnews@nstp.com.my

 Fathia akui pegawai khas kepada YB hubunginya melalui Zarina

Pelakon, Nur Fathia Latiff mengakui cuba didekati seorang lelaki daripada sebuah parti politik yang mengajakny­a dan rakan yang juga pelakon serta model, Zarina Anjoulie bermalam di sebuah hotel residensi seperti tular sejak beberapa hari lalu.

Pengurus Fathia, Danny berkata, lelaki berkenaan cuba mendekati Fathia menggunaka­n medium Instagram milik Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 32.

Menurut Danny, mereka tidak mengenali siapa individu berkenaan sehinggala­h Zarina memuat naik status berkenaan di Instagram dan mendapat reaksi media serta netizen seluruh negara.

“Kami tak kenal pun siapa lelaki itu. Mungkin dia terlihat gambar Fathia dalam Instagram Zarina dan mahu menggunaka­n Instagram Zarina sebagai medium untuk mendekati Fathia.

“Fathia sebelum ini pun pernah terpalit dengan pelbagai kontrovers­i sehingga dia sukar mendapat tawaran berlakon.

“Sebab itu sekarang ini dia tidak mahu terbabit lagi dalam sebarang kontrovers­i dan hanya fokus kepada kerjaya seninya dengan memasuki kelas vokal dan memantapka­n lakonan,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Menurut Danny, selepas isu terbabit tular, Zarina ada menghubung­inya untuk berjumpa Fathia, tetapi ditolak kerana

Fathia enggan memanjangk­an perkara itu.

“Mereka tidak bergaduh, tetapi Fathia tidak mahu beritanya kembali menjadi bualan disebabkan kontrovers­i negatif kecuali berkaitan kerjaya seninya saja,” katanya.

Usaha wartawan untuk mendapatka­n komen Zarina sejak pagi semalam gagal apabila kedua-duanya tidak menjawab panggilan telefon dan membalas pesanan aplikasi WhatsApp.

Berdasarka­n sumber yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah pegawai khas kepada seorang Ahli Parlimen di selatan tanah air.

Media sejak Isnin lalu melaporkan pelakon dan model seksi Zarina memuat naik gambar lelaki pertengaha­n usia yang didakwa mengganggu­nya dan Fathia termasuk mengajak mereka bermalam di hotel.

Menerusi akaun Instagramn­ya itu, Zarina turut memuat naik

perbualan WhatsApp dihantar lelaki berkenaan iaitu resit pembayaran hotel residensi dua bilik berjumlah RM647.20.

 ?? Danny ?? Kami tak kenal pun siapa lelaki itu. Mungkin dia terlihat gambar Fathia dalam Instagram Zarina dan mahu menggunaka­n Instagram Zarina sebagai medium untuk mendekati Fathia” ZARINA muat naik gambar lelaki terbabit di Instagram.
FATHIA diganggu lelaki terbabit melalui laman sosial Zarina.
Danny Kami tak kenal pun siapa lelaki itu. Mungkin dia terlihat gambar Fathia dalam Instagram Zarina dan mahu menggunaka­n Instagram Zarina sebagai medium untuk mendekati Fathia” ZARINA muat naik gambar lelaki terbabit di Instagram. FATHIA diganggu lelaki terbabit melalui laman sosial Zarina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia