Harian Metro

Erra, Shahir perjelas kekeliruan hubungan

-

Pelakon popular, Erra Fazira bersama bintang Akademi Fantasia, Shahir Zawawi tampil secara langsung di Instagram kelmarin bagi menjelaska­n kekeliruan berikutan kenyataan mengenai hubungan mereka, baru-baru ini.

Erra ketika ditemui berkata, dia mengambil tindakan itu selepas kenyataan Shahir yang dikatakan bersedia untuk bernikah dan menjadi ‘bapa segera’ kepada anak tunggalnya Engku Aleesya disiarkan akhbar ini Sabtu lalu.

“Kenyataan itu disiarkan Sabtu lalu dan sehari sebelum itu saya bertemu dengan rakan media di majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order Management. Di situ mereka turut bertanyaka­n perkara sama.

“Seperti apa yang saya jelaskan sebelum ini, kami memang berkawan dan belum ada apa-apa perkembang­an mengenai hubungan itu. Kehadiran keluarga Shahir ke rumah pada Aidilfitri lalu juga adalah kunjungan biasa. Tidak berlaku majlis merisik dan bertunang,” katanya.

Kenyataan Shahir itu dilaporkan bercanggah dengan kenyataan Erra yang mendakwa dia belum bersedia untuk berumahtan­gga dalam satu lagi artikel yang disiarkan.

“Saya faham ramai yang keliru dengan perkara itu. Apa yang saya nyatakan itulah kenyataann­ya. Namun, apabila satu pihak didakwa berkata sudah bersedia dan satu pihak lagi dikatakan belum bersedia melihatkan seolah-olah kami seperti mempermain­kan orang ramai dan cuba bertarik tali,” katanya.

Erra berkata, Shahir sudah menjelaska­n kepadanya mengenai situasi itu.

 ??  ?? ERRA dan Shahir hanya berkawan.
ERRA dan Shahir hanya berkawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia