Harian Metro

Che Ta tegur netizen persoal kahwin lelaki muda

-

Pelakon jelita Rozita Che Wan beranggapa­n wanita berusia yang berkahwin dengan lelaki muda tidak perlu dijadikan isu dan dikecam oleh pengguna laman sosial sewenang-wenangnya.

Rozita, 45, atau mesra disapa Che Ta berkata, netizen tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia seolah-olah menidakkan ketentuan dan jodoh Allah SWT.

“Muda atau tua bukan persoalann­ya. Saya memilih lelaki muda kerana kebanyakan lelaki seusia adalah suami orang. Bagi saya, suami orang terlalu kompleks dan sukar diurus, manakala lelaki muda pula fleksibel.

“Jadi, dalam perkara ini netizen tidak sepatutnya mengecam. Jodoh itu rahsia Allah. Malah, saya berasakan kalau ambil suami orang bukan saja dikecam, tetapi silap haribulan kena parang dengan isteri dia,” katanya kepada Harian Metro.

Che Ta yang berkahwin dengan pelakon Zain Saidin, 34, dengan perbezaan usia 11 tahun menasihati pengguna laman sosial supaya beristighf­ar.

“Netizen jangan terlalu lancang memberi komen. Ini soal jodoh yang mana sudah tersurat. Anda kena memperbany­akkan beristighf­ar.

“Jangan nak komen ikut sedap mulut mengatakan janda lanjut usia atau apa saja. Sudah tentu wanita yang berkahwin lelaki muda ini dapat bujang,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan luahan pelakon Ariff Aziz, 29, yang bakal bernikah dengan penerbit ternama, Datuk A Aida, 48, pada Sabtu ini yang mana menyelar sikap segelintir netizen yang dianggap biadap apabila melemparka­n kata-kata kesat terhadap mereka di laman sosial.

 ??  ?? CHE Ta dan Zain bahagia sehingga kini.
CHE Ta dan Zain bahagia sehingga kini.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia