Harian Metro

BOLEH LEBIH PANTAS

-

Madinah

Kejayaan progam atau pelepasan segera di terminal kemasukan jemaah haji Malaysia di sini yang diperkenal­kan tahun ini, tidak bermakna Tabung Haji (TH) sudah berpuas hati dan menganggap segala-galanya kini sempurna.

Hasil dilakukan setakat ini, TH percaya proses kemasukan jemaah haji Malaysia boleh dipercepat­kan lagi sehingga 30 minit atau kurang daripada itu.

Pengurus Terminal

Madinah Mohd Razali Zakaria berkata, tempoh 30 minit atau kurang itu adalah sesuatu yang realistik dan mampu dilaksanak­an hasil perancanga­n rapi dan kerjasama semua pihak.

Menurutnya, setakat ini tempoh paling cepat bagi proses bermula daripada jemaah keluar daripada pesawat hingga menaiki bas ke hotel adalah 45 minit.

“Kita merancang untuk mengurangk­an tempoh masa itu dengan melaksanak­an beberapa inisiatif (mengikut keadaan). Sebagai contoh, pada awalnya kita rancang menggerakk­an jemaah mengikut nombor bas.

“Tapi, berdasarka­n keadaan kita terus tukar strategi dengan mengarahka­n jemaah menaiki mana-mana bas. Apabila bas sudah penuh, ia segera meninggalk­an terminal.

“Dengan pendekatan seperti ini, saya percaya kita dapat meningkatk­an lagi prestasi untuk melancarka­n lagi pergerakan jemaah dari terminal,” katanya.

Sejak ketibaan penerbanga­n pertama pagi Sabtu lalu sehingga pagi Rabu, sudah 10 penerbanga­n membawa jemaah haji Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohammad Abdulaziz, membabitka­n hampir 5,000 jemaah.

Malaysia adalah negara pertama yang diberi keistimewa­an oleh Arab Saudi untuk melaksanak­an perkhidmat­an pelepasan segera itu di mana urusan imigresen kedua-dua negara dilakukan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain Malaysia, keistimewa­an sama turut diberikan kepada jemaah haji dari Indonesia namun kemasukan jemaah dari negara jiran itu akan bermula pada Sabtu (21 Julai) ini.

Razali berkata, ketibaan jemaah dari Indonesia kelak, mungkin akan memanjangk­an sedikit proses pelepasan jemaah haji dari Malaysia namun pihaknya dan pihak berkuasa Arab Saudi sudah bersedia dan mengambil langkah perlu untuk menghadapi­nya.

“Pihak berkuasa di Madinah sudah memberi jaminan akan bantu jika berlaku kesesakan di terminal untuk mempercepa­tkan proses jemaah haji kita keluar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya tidak akan berlaku perubahan yang ketara dan tempoh kurang daripada satu jam untuk pelepasan jemaah haji Malaysia dari terminal masih boleh dicapai.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHANTAR­AN bagasi lebih pantas kerana diuruskan oleh ejen tempatan dan dibawa dengan lori terus ke hotel penginapan jemaah haji.
PENGHANTAR­AN bagasi lebih pantas kerana diuruskan oleh ejen tempatan dan dibawa dengan lori terus ke hotel penginapan jemaah haji.
 ?? Mohd Razali Zakaria ?? Pihak berkuasa di Madinah sudah memberi jaminan akan bantu jika berlaku kesesakan di terminal untuk mempercepa­tkan proses jemaah
haji kita keluar”
Mohd Razali Zakaria Pihak berkuasa di Madinah sudah memberi jaminan akan bantu jika berlaku kesesakan di terminal untuk mempercepa­tkan proses jemaah haji kita keluar”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia