Harian Metro

Kenangan pitam hari kahwin

- Siti Rohana Idris cnews@nstp.com.my

Kisah pasangan ini pernah mendapat perhatian masyarakat enam tahun lalu apabila berkahwin pada usia emas dan pengantin lelakinya pitam sebaik menatap wajah si isteri.

Bertemu jodoh di Rumah Seri Kenangan (RSK) Kemumin di sini, Idris Laboh, 77, dan Rohani Lee Abdullah, 59, masih setia dengan janji diikat untuk hidup bersama hingga akhir hayat mereka.

Idris yang lebih senang dipanggil Pok Yeh berkata, kehidupan mereka kini gembira dan bahagia kerana meluangkan masa bersama-sama dan menternak haiwan peliharaan iaitu 30 ayam dan 20 itik.

Menurutnya, keputusan mengambil Rohani sebagai suri hatinya tepat kerana wanita itu menjaga dan menguruska­n keperluann­ya dengan baik sekali.

“Walaupun usia lanjut, Alhamdulil­lah saya tiada penyakit cuma keuzuran membataska­n pergerakan saya dan perlu bergantung kepada kerusi roda.

“Nasib saya baik kerana isteri sentiasa di sisi, menjaga dan menemani saya setiap masa,” katanya ketika ditemui di rumah kelamin RSK, semalam.

Pok Yeh yang berkahwin buat kali kelima mengakui perkahwina­nnya dengan Rohani membolehka­n mereka menternak sambil menambah pendapatan dengan menjual telur ayam dan itik.

Katanya, ternakan itu diusahakan sejak empat tahun lalu sambil dibantu RSK.

Sementara itu, Rohani berkata, dia setia menjaga suaminya dan tidak pernah menganggap Pok Yeh yang uzur sebagai beban.

“Ini tanggungja­wab saya sebagai isteri, menjaganya. Walaupun ada ketika kami

 Pasangan warga emas kahwin enam tahun lalu di Rumah Seri Kenangan kekal hidup bersama

bergaduh kerana sikap suami yang tegas, tetapi saya tetap sayangkan dia dan anggap hanya gaduh-gaduh sayang.

“Insya-Allah janji kami saling menjaga hingga akhir hayat apatah lagi kami berdua tinggal sebatang kara,” katanya.

Pada 2012, media melaporkan kisah perkahwina­n pasangan itu yang diraikan dengan meriah termasuk diarak dengan beca walaupun Pok Yeh pitam sebaik melihat wajah pasanganny­a.

Disebabkan gemuruh, warga emas itu melafaz akad nikah tiga kali.

 ??  ??
 ??  ?? ROHANI memimpin tangan suaminya yang keuzuran.
ROHANI memimpin tangan suaminya yang keuzuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia