Harian Metro

Remaja dibunuh akibat tak cukup hasil jual dadah

-

Johor Bahru: Tidak berpuas hati dengan hasil penjualan dadah dipercayai punca seorang remaja dibunuh sebelum separuh badannya ditanam di sebuah kebun durian dekat Kangkar Pulai pada 5 Julai lalu.

Remaja berusia 15 tahun itu dikatakan memulangka­n wang hasil penjualan dadah tetapi tidak mencukupi daripada jumlah sepatutnya menyebabka­n berlaku perselisih­an faham.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamed berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah apartmen di Bukit Indah, pada 29 Jun lalu.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Gerald Lim Jin Jie itu dikatakan diarahkan meminum minuman campuran air berkarbona­t mengandung­i dadah sebelum dia pengsan.

“Akibat tidak berpuas hati, suspek memukul dan menjerut leher mangsa sehingga dia maut di tempat kejadian.

“Mayatnya selepas itu dibawa dengan Toyota Camry menuju ke arah Ulu Choh sebelum menukar kenderaan Ford Ranger dan terus membawa mayat terbabit ke kebun durian berkenaan untuk ditanam,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, semalam.

Beliau berkata, susulan penemuan mayat itu, pihaknya berjaya menahan 17 individu termasuk enam wanita bagi membantu siasatan.

Katanya, semua suspek berusia 15 hingga 40 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan antara 7 Julai hingga Isnin lalu di beberapa rumah dan hotel sekitar daerah ini.

“Kita turut merampas beberapa barangan iaitu 23 telefon bimbit, pelbagai barangan kemas, wang tunai, pelbagai jenis dadah, beg sandang, beg tangan, enam seluar dalam, kunci kereta, kunci rumah, pelbagai dokumen dan kad akses.

“Kita turut merampas Toyota Camry berkenaan, manakala Ford Ranger yang turut digunakan ditemui dibakar di Kangkar Pulai,” katanya.

Menurut Noor Hashim, semua suspek yang ditahan didapati positif methamphet­amine dan hasil semakan mendapati lapan lelaki dan empat wanita daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Katanya, siasatan juga mendapati semua suspek adalah pengedar dadah sekitar daerah ini yang aktif sebulan lalu.

 ??  ?? NOOR Hashim (dua dari kanan) menunjukka­n gambar mangsa dibunuh dan sebahagian barang
rampasan yang digunakan suspek.
NOOR Hashim (dua dari kanan) menunjukka­n gambar mangsa dibunuh dan sebahagian barang rampasan yang digunakan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia