Harian Metro

Satu wakil 7 usul

-

Kuala Lumpur: MCA yang hanya mempunyai seorang wakil dalam Dewan Rakyat mengemukak­an tujuh usul untuk dibahaskan Ahli Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14 yang bermula Isnin lalu.

Usul utama dikemukaka­n Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menggesa Menteri Pendidikan memperjela­skan pengiktira­fan segera ke atas pelajar Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) supaya lepasan UEC boleh memohon kemasukan ke universiti awam bagi sesi pengambila­n 2018/2019 bermula awal September depan.

Kementeria­n Pendidikan sebelum ini memutuskan akan melaksanak­an pengiktira­fan UEC seperti terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak akan melakukan pusingan U atau flip-flop terhadap manifesto dijanjikan.

Wee turut kemukakan usul menggesa Perdana Menteri membatalka­n projek kereta nasional baharu susulan kegagalan Proton, sebaliknya menumpukan usaha menangani isu industri automotif dan memperkuku­hkan nya secara holistik selaras dengan Dasar Automotif Nasional.

Beliau turut mengemukak­an usul menggesa Perdana Menteri membentang butiran, terma dan tujuan kerajaan dalam permintaan kredit yen daripada kerajaan Jepun untuk dibahaskan.

Timbalan Presiden MCA itu turut menuntut Dewan Rakyat menggesa Menteri Kewangan membahaska­n kaedah mengira hutang negara dengan mengambil kira liabiliti luar jangkaan serta pajakan perkongsia­n awam-swasta berbanding kaedah antarabang­sa dan mahu pengiraan baharu hutang dibentangk­an untuk kelulusan Parlimen.

 ??  ?? WEE
WEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia