Harian Metro

Siri jelajah TVET seluruh negara

-

Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bermula di zon utara dan selatan bagi mendapatka­n maklumat dan maklum balas dengan pihak berkenaan mengenai TVET.

Pengerusin­ya, Nurul Izzah Anwar berkata, pada sesi jelajah itu juga, jawatankua­sa akan mengadakan pertemuan umum dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk pihak industri dalam memberikan maklum balas berhubung usaha menambah baik TVET.

“Saya fikir hari ini (semalam) ada persoalan yang dibangkitk­an di Parlimen juga kerana Kementeria­n Belia dan Sukan melihat TVET sebagai satu daripada usaha dan cara untuk memberikan peluang pekerjaan kepada anak muda di luar bandar.

“Ini kerana jika usaha tidak dibuat, kita akan meHlihAatR­pIeAnaNmba­MhaEn penghijrah­an beramai-ramai remaja dari luar bandar ke bandar sedangkan hidup yang lebih berkualiti itu boleh saja didapati di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel pada hari terakhir Persidanga­n Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam ke-5 2018 (WCIT 2018) di Pusat Konvensyen Aman jaya di sini, semalam.

Nurul Izzah berkata, tempoh masa bagi jawatankua­sa adalah setahun dan buat masa ini tindakan awal yang akan dilaksanak­an adalah di peringkat mendapatka­n maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk industri, institusi di bawah kerajaan, institusi swasta dan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia